Lelaki ini berhenti cuci rambut sejak 40 tahun yang lalu. Dan ini penjelasannya kenapa dia berhenti cuci rambut.

Min nak tanya, dalam seminggu, berapa kali korang shampoo kepala? Seminggu tiga kali or setiap hari?Mungkin juga ada yang jenis dah terbiasa, bila mandi je, mesti shampoo rambut. Pendek kata, memang semua orang kebiasaannya akan cuci rambut dalam satu tempoh masa yang tertentu.

Tapi, lain pula dengan kisah seorang lelaki di India ni. Menurut dirinya, dia dah berhenti cuci rambut semenjak 40 tahun yang lalu! What?! Biar betul?

Anggap rambut sebagai rahmat Tuhan

Menurut Sakal Dev Tuddu, 63, dia tidak pernah mencuci rambut dreadlock sepanjang enam kaki (182.88 cm) miliknya itu semenjak 40 tahun yang lalu. Warga emas itu juga berkata, Tuhan yang memberitahunya untuk tidak memotong rambut. Malah, dia juga telah disuruh untuk berhenti minum arak dan merokok.

“Saya mengikat rambut di dalam turban. Secara spontan, rambut saya menjadi dreadlock. Ia adalah rahmat Tuhan,” kata Sakal. Untuk mengekalkan kebersihan dan menjamin keselesaan diri, Sakal mengikat rambutnya dengan kain putih apabila dia keluar rumah. Jika dia tidak berbuat begitu, memang confirm rambut dia akan ‘sapu’ lantai.

Dapat gelaran Mahatma Ji sebagai tanda hormat

Sakal dikenali di kawasan tempat tinggalnya sebagai seorang healer. Menurut lelaki itu, dia menyediakan home-made treatment untuk mana-mana pasangan yang tidak mempunyai anak. Dalam masa yang sama, Sakal berkata, ramai orang yang sanggup datang dari jauh untuk berjumpa dan bergambar dengannya.

Sakal yang pernah bekerja di jabatan perhutanan selama 31 tahun kini tinggal bersama isterinya, Rupiya Devi, tiga orang anak lelaki, tiga orang anak perempuan dan tujuh cucu. Kata Sakal lagi, isterinya langsung tidak mempunyai masalah dengan rambutnya itu. Min tabik dengan dedikasi dia. Kalau min, memang dah habis gatal satu kepala.

Cara lelaki ini hulur salam perkenalan pada gadis yang tak dikenali ini mendapat pujian warganet. Tidak sangka daripada pelanggan menjadi teman hidup selamanya.

Perkenalan yang dihulur oleh si jejaka menerusi media sosial berakhir di jinjang pelamin. Disangka pelanggan yang ingin membuat tempahan kek, rupa-rupanya si pengirim mesej merupakan kiriman jodoh daripada Tuhan. Begitulah detik perkenalan pasangan ini yang bermula di media sosial yang kemudiannya berakhir di jenjang pelamin.

Segala-galanya bermula dengan tindakan berani si jejaka yang menghantar mesej menerusi Direct Message (DM) kepada wanita idamannya di Twitter dan meluahkan hasratnya untuk berkenalan. “Assalamualaikum. Hi, saya minta maaf sangat kalau cara berhubung macam ni nampak tak berapa proper especially from someone yang kita tak kenal. But staring at your profile won’t start a conversation. Dan saya ikhlas untuk berkenalan dan berkawan. So, hi!” demikian mesej yang dihantar si jejaka berkenaan.

Paparan tangkap layar mesej berkenaan yang dimuat naik bersama perkongsian di Twitter itu sehingga kini meraih sehingga 4,500 retweet. Berkongsi cerita dengan mStar, Farah izzati Yaacob berkata, dia sendiri tidak menyangka menerima salam perkenalan daripada seseorang yang tidak dikenali menerusi media sosial.

Posting Farah Izzati mengenai perkenalannya dengan suami meraih perhatian di Twitter.

“Masa dapat mesej tu awal Mei, ketika bulan Ramadan. Mula-mula ingat pelanggan nak buat tempahan, tapi selepas baca kali kedua, rasa terkejut juga. Tapi saya tak terus balas sebaliknya ambil masa juga selepas scroll akaun dia,” katanya yang merupakan ‘home-baker’ sepenuh masa. Menurut wanita ini, selepas beberapa minggu berkenalan di media sosial, dia dan suami, Muhammad Azlan Mansor bertemu buat kali pertama pada 3 Syawal di sebuah restoran di Petaling Jaya. Masa mula-mula tu janggal juga sebab masing-masing tak kenal, tapi bila dah mula berbual, ada keserasian dan rupa-rupanya kami sekepala. Sebulan berkenalan, dia beranikan untuk melamar selepas dia suarakan kepada ibu bapanya. Kemudian kami jumpa keluarga masing-masing dan Alhamdulillah, urusan dipermudahkan. Kami bertunang pada 8 Ogos,” kata wanita berusia 25 tahun ini.

Pasangan ini diijabkabulkan selepas kira-kira enam bulan mengenali hati budi.

Pasangan ini akhirnya selamat diijabkabulkan pada 30 November lalu dalam majlis yang sederhana dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) memandangkan Selangor masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bercerita lebih lanjut, Farah Izzati berkata postingnya di laman Twitter itu adalah sekadar untuk berkongsi detik-detik perkenalan bersama suami dengan rakan-rakannya.

Bagi saya, tak salah pun kalau cara pendekatannya ikhlas untuk berkawan. Kalau tak ke fasa seterusnya pun, masih boleh berkawan dan mungkin dia potential customer saya.

“Tak sangka pula viral… Alhamdulillah ramai yang beri komen positif dan mendoakan rumah tangga kami. Tapi ada juga komen daripada warganet yang kata mereka pun selalu terima DM, tapi mereka tak mahu layan. Bagi saya, tak salah pun kalau cara pendekatannya ikhlas untuk berkawan. Kalau tak ke fasa seterusnya pun, masih boleh berkawan dan mungkin dia potential customer saya,” katanya yang menetap di Subang Jaya. Sementara itu, bagi Muhammad Azlan, tidak salah sekiranya seseorangn lelaki berterus terang untuk berkenalan asalkan dengan niat yang ikhlas.

Farah Izzati merupakan seorang ‘home-baker’ sepenuh masa yang menjalankan perniagaan secara online menerusi Instagram dan Twitter, Cakeendorphin.

“Niat asalnya untuk berkawan, kalau semua berjalan lancar… mudah-mudahan ke fasa seterusnya. Kalau tak jadi, boleh saja teruskan sebagai kawan. Sekurang-kurangnya saya mencuba dan Alhamdulillah, hubungan kami ke jenjang pelamin. Saya beranikan diri untuk mulakan langkah kerana rasa tertarik kepadanya walau hanya tengok gambar profil. Semakin lama kami serasi dan saya rasa sudah temui teman hidup. Kini kami masih lagi belajar mengenali diri masing-masing. Apa pun, apa yang paling penting adalah restu ibu bapa,” katanya lagi.