Lepas tular tentang isu murid skolah yang tak mampu pakai mask yang sama setiap hari. Terkini Kkm cadangkan pelajar untuk pakai purdah atau mask jenis kain di sekolah.

Selepas viral beberapa isu mengenai pelajar sekolah dari keluarga kurang berkemampuan memakai face mask yang sama untuk beberapa hari, KKM kini katanya sedang mengkaji kemungkinan beberapa jenis penutup muka lain yang boleh digunakan pelajar di sekolah.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara cadangan tersebut termasuk membenarkan pelajar memakai pelitup muka jenis kain, lapor Astro AWANI. “Kalau 3 ply (lapis) mungkin lebih mahal harganya fasal fabriknya adalah fabrik tertentu yang diluluskan. Kita sekarang ini mencadangkan supaya boleh tak kain biasa digunakan untuk menutup muka.

“Kedua, kita mencadangkan supaya face shield (pelindung muka) juga boleh digunakan sebab face shield ini beli sekali tak perlu tukar hari-hari dan ia cuma boleh dicuci sahaja. “Harga saya difahamkan sekitar RM2 hingga RM4 sahaja untuk satu face shield dan hari-hari boleh cuci dan boleh pakai lagi esok. (Face shield) mungkin boleh dipakai selama dua hingga empat bulan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri juga memohon agar KKM kaji sebarang jenis kain lain yang boleh digunakan untuk tutup mulut dan hidung termasuklah penggunaan purdah. “Jadi, kita pun minta supaya mereka yang memakai purdah misalnya, adakah perlu atau tak perlu memakai mask, (sebab) dia dah ada penutup iaitu kain purdah, ataupun di sesetengah negeri memakai kain selendang dan sebagainya boleh ditutup muka.

“Di sesetengah negeri, penutup kepala (digunakan sebagai) penutup muka… jadi (KKM pertimbangkan) ia boleh atau tidak,” katanya. Tambah Ismail lagi, jikalau ia diluluskan, keputusannya akan diumumkan kelak. Harap-harap adalah alternatif lain untuk bantu pelajar susah yang tak mampu beli face mask tu.