Lepas tular tentang resort Dato Aliff Syukri kalini giliran Abby Abadi pula tampil bersuarsara dedahkan sesuatu buat warganet terkedu. Sampai macam ni sekali Abby sanggup bersuara.

Tindakan pelakon Abby Abadi memuat naik semula hantaran Instagram (IG) usahawan Datuk Seri Aliff Syukri di laman sosialnya mengundang pelbagai reaksi warganet. Tidak menyalahkan sesiapa menerusi posting tersebut, Abby cuma melontarkan persoalan samada moto ‘customer is always right’ masih sesuai digunakan dalam situasi dialami Aliff Syukri.

Di ruangan komen pelbagai pendapat diberikan warganet, termasuk menganggap Abby menyokong Aliff Syukri dalam isu yang tular sejak semalam.Abby bagaimanapun menegaskan perkongsiannya adalah mengenai sikap sesetengah pelanggan. Katanya pelanggan seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan jika tidak berpuas hati dengan sesebuah perkhidmatan, bukan bertindak menularkannya.

“Saya rajin juga check in sana sini, ada yang tak kena bagitau management teruslah…Kitaorg sampai dapat bilik ada anai-anai pun rilek je, duduk juga sebab masa tu takde pilihan, tapi takde pulak nak bercerita macam nak jatuhkan bisnes orang.

“Ni sampai nak viral-viralkan atas alasan jumpa lipas dalam peti ais tu pelik sangatlah. Rumah masing-masing kadang ada lipas…bersihkan jelah.“Tapi yang sampai buat macam hotel sendiri tu kenapa? Asyik nampak salah orang je, salah sendiri macam mana pulak?,” tulis Abby menjawab komen warganet yang mendakwanya menyokong tindakan Aliff Syukri berkongsi rakaman CCTV tersebut.

Rata-rata warganet menyokong tegvran dibuat Abby mengenai sikap sesetengah pelanggan dan menganggap moto ‘customer is always right’ tidak relevan. “Customer macam ni kalau staff tegur pun tak makan saman ni, silap tegur habis disembur staff pulak biadap mentaliti ‘customers always right’.

“2020 dah tak relevan dah ‘customer always right’…atitude yileekkk. “Zaman sekarang dah tak ada istilah ‘customer always right’ yang salah tetap salah,” antara komen warganet di ruangan komen. Terdahulu seorang atlet ‘freerunner’ profesional, Abudi Alsagoff mendakwa menerima ugvtan selepas mengkr1itik tempat penginapan milik seorang usahawan kosmetik terkenal yang bergelar Datuk.

Perkara berkenaan dikongsi Abudi menerusi sebuah posting di Facebooknya. Kritikan Abudi kemudiannya menjadi tular dan mendapat perhatian Aliff Syukri yang bertindak menjawab aduan tersebut dengan membuat hantaran sedutan rakaman CCTV di IGnya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK