MAB beri harga istimewa Misi 10 hari ke Sabah

Ustaz Ebit Lew menzahirkan rasa terharunya apabila mendapat kerjasama syarikat penerbangan Malaysia, Malaysia Airlines Berhad dalam misi bantuannya ke Sabah. Berkongsi rasa di Instargram dan Facebook miliknya, Ustaz Ebit Lew nyata berterima kasih kepada MAB yang turut memberikan harga istimewa buat dirinya dan 18 orang dalam pasukannya.

Pohon doakan yer. Perjalanan misi bantuan ke Tawau,Lahad Datu, Kunak, Semporna. Misi kami selama 10 hari di Sabah. Terharu sangat 18 orang team kami dapat harga khas.. Lagi terharu CEO Mas Airlines Kapten Izham dan Management Team tunggu dari Subuh lagi. Siap layan saya dan hantar sampai kerusi. Malu rasa. Terima kasih MAS Airlines.

Kami ada berbincang untuk misi lain-lain. MAS Airlines akan bersama dalam misi bantuan lain-lain. Mereka benar-benar terkesan covid 19. Tapi syukur sehingga kini mereka kekalkan semua kru. Bergenang air mata CEO berbual tadi. Katanya semua ini ujian Allah. Kasih sayang Allah. Tulis Ustaz Ebit di laman Instargram miliknya.

Dalam satu lagi posting sehari sebeunya, ustaz Ebit Lew turut berkongsi penghantaran barangan ke Sabah yang telah dibuat lebih awal.