“Majlis impian” tidak terlaksana dek pergerakan yang terhad Neelofa akui akan berkongsi dalam waktu terdekat

Semua orang ada perkahwinan impian tersendiri. Ada yang ingin pelamin tersergam indah dihiasi jambangan bunga-bunga segar, tak kurang juga di hotel mewah, semua terpulang pada citarasa masing-masing. Bagaimanapun, kadang-kala tidak semua ‘impian’ itu boleh dicapai seperti yang diinginkan apatah lagi dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Memetik laporan Kosmo! Online, selebriti popular Neelofa akan berkongsi kepada orang ramai dalam masa terdekat mengenai majlis kahwin dengan pendakwah bebas PU Riz yang dijadual berlangsung Mac depan. Menurut selebriti berusia 32 tahun itu, dia percaya bukan majlis perkahwinan impiannya sahaja tidak terlaksana seperti yang diinginkan berikutan keadaan tidak mengizinkan. Namun terdapat individu lain juga berdepan dengan situasi yang sama.

“Semua pasangan ada ‘dream wedding’. Saya percaya ramai yang terpaksa korbankan hal ini sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan, disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak yang terpaksa dikorbankan. Insya-Allah, kita buat apa yang boleh sahaja. Secara amnya, semua ‘dream wedding’ pasangan bakal suami isteri tidak terlaksana seperti yang diinginkan disebabkan Covid-19,” jelasnya.

Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan majlis akan dipercepatkan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia sendiri masih belum mempunyai jawapan mengenai perkara berkenaan.

“Saya akan kongsi dalam masa terdekat. Dengan keadaan sekarang, banyak perkara yang terhad. Saya sendiri cuba mendapatkan kepastian dengan menghubungi beberapa pihak sama ada sesuai atau tidak untuk mengadakan majlis. Banyak perkara yang masih belum jelas. Hubungan saya dengan Riz bagaimanapun semakin baik dan positif. Alhamdulillah. Saya akan kongsi, jangan risau,” katanya mengakhiri temu bual.

Sumber: Kosmo!Online