Man Raja Lawak sanggup amik duit orang untuk kepentingan diri sendiri agar nampak hebat pada mata orang buat ramai terkedu. Dia tampil perjelas situasi sebenar buat ramai terdiam seakan tak percaya sikap sebenar dia

Man Raja Lawak dikata sanggup bercakap tak benar tentang sumbangannya kepada masyarakat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. Seorang individu telah menyatakan Man berkata tak benar terhadap rakyat Malaysia kononnya memberi bantuan ribuan ringgit kepada orang ramai semata-mata mahu kelihatan ‘hero’ di mata masyarakat.
“Tu la Man, dulu kau berkata tak benar dekat rakyat Malaysia konon-konon jadi hero kau sedekah beribu-ribu duit kat orang miskin, padahal kau tak buat pun…aku tahu. “Allah bayar cash, sekarang kau makin tak popular. Kena ingat tau hidup ni jangan pernah berkata dusta. Aku tau, kau dengan geng-geng kau sokonglah macam mana pun aku tetap tau,” katanya.

Pernyataan individu yang menggunakan nama adam mazwan1 itu telah dikongsi Man pada entri terbaru di laman sosial Instagram (IG)nya sejak semalam. Man turut mempelawa adam mazwan1 bertemunya di balai polis untuk mengemukakan bukti seperti yang diminta. “Jom dik jumpa abang kat balai..abang tunjuk semua bukti depan mata kau nanti. Lepas tu abang saman kau pulak. Abang dapat duit RM4 juta, Abang bagi sumbangan lagi pasal abang memang nak nampak HERO di mata masyarakat,” tulisnya sinis. Tidak berakhir di situ, adam mazwan1 turut mencabar Man mengemukakan saman terhadapnya dan menyatakan mengenali Man dengan rapat. Katanya lagi, Sikap Man menularkan komen ditulisnya juga adalah untuk tujuan mencari publisiti selain meminta pelawak tersebut bertaubat.

Sementara itu di ruangan komen ada di antara pengikut menafikan kenyataan azwam mazwan1 dan mengakui pernah dibantu Man. Posting terbaru Man itu turut mendapat perhatian teman-teman pelawak seperti Shuib Sepahtu, Che Mat Raja Lawak dan Zalif Sidek.

Man Raja Lawak turun 30kg

Pelawak Man Raja Lawak ,43, berpuas hati kerana dapat menurunkan berat badannya dari 98 kilogram kepada 68 kilogram sekarang. Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim berkata, dia hanya mengambil minuman kesihatan berperisa koko sejak tiga bulan lalu selain mengamalkan pemakanan sihat. “Tak sangka pula minuman kesihatan itu berkesan dan sesuai dengan badan saya. Hanya cuba-cuba minum sahaja untuk mendapatkan hasilnya. “Selama tiga bulan minum, kini nampak hasilnya. Alhamdulillah, saya sudah kurus berbanding bertubuh gempal sebelum ini sejak bertahun-tahun lama.

“Bukan tak pernah cuba produk kurus lain sebelum ini, tapi tidak serasi dan sesuai dengan saya agaknya kerana tidak membawa kesan perubahan berat badan,” katanya. Menurut Man, lebih menggembirakannya lagi apabila ukuran pinggang juga berubah dari 40 inci sebelum ini kepada 32 ini. “Ukur lilit pinggang saya sudah kurang lapan inci. Saya juga sudah boleh pakai baju bersaiz M. Sebelum ini saya pakai saiz XXL.. “Selain itu, saya juga sudah lama tak ambil langsung minuman manis dan bergula. Kini, teh tarik pun saya dah nampak macam air longkang. Tak ada keinginan nak minum seperti dulu,” katanya.

Menurut Man, dia juga kini kurang mengambil nasi tetapi masih bertenaga ketika bekerja kerana masih mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat yang lain. Bercerita mengenai kerjayanya, Man berkata, dia akan terbabit dengan dua program TV yang mana salah satunya adalah penggambaran sitkom bulan ini. Katanya, dia sudah bersedia untuk kembali bekerja di lokasi dengan memastikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan berikutan pandemik Covid-19 belum pulih.

Niat nak ‘support’ Shuib, komen Man Raja Lawak dikritik warganet – “Semua orang ada jari, belum tentu semua orang ada akal”

Terlajak  perahu boleh diundur, terlajak kata tak baik padahnya. Itulah yang terjadi kepada pelawak Man Raja Lawak gara-gara tinggalkan komen di status permohonan maaf Shuib Sepahtu dengan menyifatkan tidak semua orang boleh berfikir dengan rasional. Menerusi Instagram Man mengakui kesilapannya berkata sedemikian namun tidak menjangkakan akan menerima kata kata negatif’ daripada warganet sehingga diminta untuk membuat permohonan maaf. Man berkongsi perkara itu di Instagramnya pada Ahad. “Bila artis dikritik hebat oleh sahabat warganet, saya pada mulanya berdiam diri tapi bila sahabat baik saya shuib sepahtu dikritik hebat gara-gara dia ingin perbetulkan tanggapan ia menjadi lebih keruh. “Saya baca satu persatu komen. Niat saya ingin beri support pada Shuib, cuma komen saya ayat terakhir gundang rasa berang kerana saya menulis ‘semua orang ada jari belum tentu semua orang ade akal’. “Selepas itu sahabat warganet berterusan berang dekat saya dan membuat saya hidup makin tak selesa. Saya balas setiap komen mereka. Bila artis mula merendahkan sikap kurang baik memohon maaf saya baca setiap komen masih lagi ada warganet yang berkata tak baik terhadap artis tersebut.

Saya juga diseru untuk memohon maaf setelah dikata dengan perkataan kurang baik tetapi bagi saya maruah diri bukan untuk dipermainkan

“Saya juga diseru untuk memohon maaf setelah dikata perkataan negatif tetapi bagi saya maruah diri bukan untuk dipermainkan. Saya rela undur diri dengan maruah yang belum direndahkan orang lain,” katanya. Sebelum ini, Shuib memohon maaf atas keterlanjuran kata selepas menyokong pandangan penyanyi Black Hanifah dan Tomok berhubung dengan isu bantuan khusus untuk artis. Dalam pada itu, Man turut memberitahu sikapnya berkongsi mengenai sumbangan wang kemenangannya di program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) berjumlah RM50,000 turut disalah erti segelintir warganet.

Bagaimanapun, ahli kumpulan Puteh itu memohon maaf secara terbuka kepada warganet dan mana-mana artis yang kurang senang melihat perkongsian tersebut di laman Instagramnya. Niat Man berkongsi sumbangan di Instagram disalah erti segelintir warganet. “Pada ketika itu saya dan isteri ada meminta pandangan ustaz sekiranya saya ingin memberi sumbangan apakah jalan terbaik untuk saya berbuat demikian. “Niat saya bukan nak meraih simpati apatah lagi untuk tetapi ikhlas hanya untuk membantu mereka yang kini dalam kesusahan. Saya amat terkejut kerana sumbangan kecil saya menjadi perbualan. “Saya hanya muat naik status dalam IG bukan mencanangkan satu Malaysia. Tiada niat untuk menjadi hero atau dipandang mulia di mata masyarakat. “Disini saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana artis atau sahabat warganet sekiranya saya ada berbuat kesalahan. Saya hanya hamba yang banyak kekurangan lagi lemah. Maafkan saya dan keluarga,” ujarnya.

Man Raja Lawak ganti Abam

Pelakon dan pelawak, Man Raja Lawak dipilih menggantikan tempat Abam Bocey untuk membintangi teater Korupsi Dewan Semandung yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada hujung bulan ini. Pengarah teater, Khir Rahman berkata pemilihan dibuat kerana Man yang juga anggota kumpulan Puteh mempunyai sesuatu yang boleh diketengahkan, selain bakat dan penampilan fizikalnya setara dengan Abam. “Selepas berbincang dengan penerbit, akhirnya muncul tiga nama. Daripada tiga nama ini, kami sepakat membuat keputusan untuk memilih Man untuk menggantikan tempat Abam.

“Saya sudah nampak bakat Man ketika di Maharaja Lawak Mega lagi. Nyata andaian saya tepat apabila kumpulan Puteh yang turut dianggotai Ali Puteh dan Mamak berjaya dinobatkan sebagai juara program berkenaan. “Saya percaya, apa yang ada pada Man mampu membawakan karakter ini dengan baik. Cuma, kami kena ubah watak asal untuk disesuaikan dengan kemampuannya,” katanya kepada BH Online. Sementara itu, penerbit teater berkenaan, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Kak Ogy berkata bukan mudah untuk mereka memilih pelakon pengganti kerana acuan karakter Abam memang dicipta khas untuknya.

“Dalam usaha mencari pelakon yang sesuai, kami menerima banyak cadangan. Ada yang memberi usul supaya watak diberikan kepada sahabatnya atau ahli keluarga. “Namun, kami tidak melihat dari sudut semata-mata. Kalau diikutkan saya tak mahu mencari pengganti namun pandangan pengarah juga harus diambil kira,” katanya pada sidang media di Istana Budaya, semalam. Pada majlis itu, pihak produksi turut memperkenalkan pelakon, Douglas Lim yang akan memegang watak sebagai tauke dalam teater terbitan itu. Antara barisan pelakon lain termasuklah Vicha Saywho, Tauke, Mark Adam, Joey Daud, Azrul Chemat, Tapai dan Chiwan dan pelakon baharu, Hanna Halim. Teater yang mengangkat genre komedi seram itu akan dipentaskan selama tiga hari bermula 28 Februari ini.