Masih ada yang persoalkan kisah rumah tangga Raja Afiq dan isterinya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Ini reaksi balas Raja Afiq kepada warganet.

Pelakon, Raja Afiq ada memberikan reaksinya berhubung tanggapan segelintir pihak yang mempersoalkan mengenai perihal rumah tangganya. Menurut Afiq, di mata orang lain mungkin proses perkahwinan mereka ini dianggap mudah, namun dia menyifatkan hanya mereka sahaja yang tahu apa yang telah mereka lalui. “Rasa macam tak percaya je yang kite dah kahwin kan. Mesti orang lain nampak macam senang je kan.

“Hanya kita berdua je yang tahu macam mana kan. Orang tahu bercakap je tapi takpelah cakap orang tu semua tak penting yang penting sekarang ni kite dah halal. Apa pun husband nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima husband yang banyak kekurangan ini. “Semoga jodoh kite sampai jannah dan cinta kite kekal sampai bila-bila aminn. Satu je husband nak cakap i love you so much,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon yang popular menerusi drama Sayangku Captain Mukriz itu menerusi akaun Instagram miliknya. Dalam pada itu, Afiq turut meluahkan rasa syukur terhadap isterinya, Soffwany Yusoff kerana telah menerima segala kekurangan yang ada pada dirinya. Meninjau pula di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga perkahwinan Afiq dan Soffwany kekal bahagia hingga ke jannah. Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 September 2020 bertempat di Masjid Diraja Tenku Ampuan Jemaah, Shah Alam.

Sumber: Instagram Raja Afiq, Media Hiburan


Raja Afiq sah jadi suami polis viral Soffwany Yusoff

DENGAN sekali lafaz, pelakon Raja Afiq sah menjadi suami kepada anggota polis yang juga penyanyi baharu, Soffwany Yusoff, 31, pada Sabtu. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamad Yusoff Lebai Hamzah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor pada pukul 9 pagi. Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat.

Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan. Sementara itu, pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz ini bersyukur apabila pernikahan mereka dipermudahkan. “Alhamdulillah syukur dipermudahkan semuanya, memandangkan sekarang kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, jadi kita adakan majlis pernikahan mengikut prosedur operasi standard.

“Biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu. Rapat dalam awal tahun ini, ” katanya. Raja Afiq atau nama sebenar Raja Muhammad Afiq Raja Razali dan bekas peserta program Suara Viral ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi. Ditanya mengenai cahaya mata, Raja Afiq berkata mereka tidak merancang dan bersedia menerima rezeki itu pada bila-bila masa.- Mstar