Maya Karin dedah mengenai asal usulnya yang ramai tak tahu serta lantang bersuara pertahan aktres sensasi mengenai isu mempermainkan budaya satu kaum ini. Dia lantang pertahan aktres terbabit buat ramai seakan tak percaya

Hanya kerana seorang pengguna Twitter yang melabelkan pelakon, pengacara dan usahawan jelita Mira Filzah sebagai ‘cultural appropriation queen’ sehingga menimbulkan perbalahan serta mengatakan Mira cuba mengambil keuntungan melalui budaya mereka, seharian perkara ini kecoh di media sosial. Namun begitu banyak pihak sama ada golongan selebriti mahupun orang biasa mula berkongsi gambar bahawa memakai pakaian daripada keturunan rakyat lain bukanlah menjatuhkan budaya lain, mahupun untuk mengaut keuntungan, tetapi hanya berkongsi minat dan rasa selesa.

Malah, pelakon dan penyanyi jelita Maya Karin yang mempunyai pelbagai cecair merah campuran juga membuat pertanyaan yang sama di Twitter dan Instagram miliknya. “I’m half German, part Malay, part Chinese, part Tamil. Can someone tell me what to wear and what not to wear?” tanya beliau seolah-olah ‘berang’ dengan perkara yang remeh temeh itu. Sejak daripada dulu lagi, percampuran budaya berlaku di negara kita, malah bukan sahaja melalui cara pemakaian, tetapi juga melalui makanan serta beberapa tradisi lainnya termasuk perkahwinan asalkan tidak melanggar batas-batas agama.-Gempak

Burger bakar Maya Karin tutup terus, mulai hari ini

PELAKON Maya Karin, 41, terpaksa¬†melupakan hasrat untuk meluaskan perniagaan burger bakar yang dirancang sebelum ini, berikutan ada pihak mengambil kesempatan terhadapnya. Enggan dedahkan secara terperinci, Maya akur terpaksa mengambil keputusan berat itu dan penghantaran terakhirnya didedikasikan di tempat pengajian anak yatim.¬†“Penghantaran terakhir ini kepada Mahaad Taufiq Lil Atyam. Dengan ini, saya ingin mengumumkan burger bakar Maya Karin akan tutup bermula 1 Ogos (hari ini).

“Saya juga memberitahu tidak terbabit dengan mana-mana jenama burger. Ditambah, projek burger ini saya mulakan pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu untuk mengisi masa terluang. “Sejujurnya, niat di hati memang ingin memperluaskan perniagaan burger bakar ini, tapi saya dapati ada pihak cuba mengambil kesempatan. Jadi, itu antara sebabnya saya buat keputusan untuk tutup terus,” katanya. Bagaimanapun, pelakon filem Pisau Cukur ini mengakui sangat terharu dan bersyukur perniagaan burger bakat itu sangat mendapat sambutan luar biasa sepanjang beroperasi.

“Terima kasih di atas sokongan anda semua yang tidak terhingga. Saya amat hargai segala sokongan yang diberikan itu,” katanya. Terdahulu, Maya secara tidak sengaja bergelar peniaga burger bakar sejak PKP dilaksanakan. Menurutnya, ia bermula apabila seorang rakan meminta dia menyimpan alat pembakar dan kiosk besar di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Penchala, Selangor. Sejak itu, permintaan terhadap burger bakar Maya semakin laris dan meluas sehingga dia akhirnya berfikir untuk membuka cawangan lain sebagai usaha mengembangkan perniagaan itu. My Metro.

‘Makcik Fatimah’ angkat Maya di mata dunia

Biarpun filem Olympic Dream belum ditayangkan, lakonan aktres, Maya Karin, 41, menambat hati juri, sekali gus diberi pengiktirafan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem & TV Ramsgate yang berlangsung di Ramsgate, England pada 11 hingga 14 Jun lalu. Sangkaan Maya, namanya hanya tersenarai sebagai calon awal ketika mendapat panggilan syarikat produksi filem Olympic Dream, kira-kira tiga minggu lalu. Namun, apa yang berlaku pula sebaliknya.

Sebagai pelakon, sudah tentu menggembirakan hatinya, sekali gus menyifatkannya sebagai pemangkin untuknya memberikan lebih baik dalam lakonan pada masa akan datang. Namun, jauh di lubuk hatinya, Maya berkata, terselit rasa terkilan kerana filem Olympic Dream masih belum ditayangkan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, ketika ini. “Saya dimaklumkan berita ini, tiga minggu lalu. Awalnya, saya sangka nama hanya sangkut untuk senarai pencalonan. Apabila saya hubungi produksi filem seminggu kemudian, barulah saya tahu mengenai pengiktirafan yang diterima ini.-Berita Harian