Meluat pamerkan kemesraan kalah suami isteri buat warganet tak senang duduk. Isa Khan beri setepek buat mereka buat mereka terkedu

Pelakon Isa Khan menjawab komen warganet ang mendoakan perkara negatif terhadap hubungan bersama tunangnya, Risteena Munim. Isa membidas komen tersebut menerusi segmen Bethol yang dimuat naik di IGTV Gempak. Menurut Isa, dia tidak memahami sikap sesetengah warganet yang tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain. “Kau nak apa? Aku putus kau dapat apa? Kalau aku tak putus pun kau dapat apa?

“Saya bukan cuba untuk menjadi romantik, saya ambil berat dekat seseorang dan saya nak tunjuk dekat dia yang saya ambil berat tentang dia.“Untuk raihkan perhatian? Bukan saya dapat apa-apa pun. Tak ada keuntungan pun untuk saya benda itu.“Pendapat daripada orang yang saya tak kenal tu, maaf saya tak pedulikan semua itu. Untuk seseorang yang saya tidak kenal itu muncul dan tiba-tiba nak ajar saya itu ini, lebih baik ajar diri sendiri terlebih dahulu,” katanya tegas.

Dalam pada itu, Risteena juga bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Isa.“Isa Khan kat dalam sosial media atau dekat luar, dia memang seorang yang romantik, sweet dan penyayang.“Jadi rasanya tak salah untuk buat kejutan pada pasangan. Asalkan jangan buat benda bukan-bukan sudahlah.“Dia hanya mahu berkongsi kegembiraan bersama pengikut sosial media tentang apa yang kami buat. Itu bukan acah-acah ya itu betul-betul.

“Mungkin korang tak dapat rasa benda tu, saya bersyukur ada pasangan yang begini. Kalau tak suka jangan tengok,” katanya. Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 dan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Terdahulu, Risteena telah menerima sebuah kereta mewah jenis Audi dengan plat pendaftaran khas dan stiker bercetak Isa X Ris sempena ulangtahun perkenalan mereka sekitar Jun lalu.

“Ramai Yang Tanya, Macam Mana Pertemuan Dengan Isa Khan…”- Risteena Dedah Perbualan ‘Sweet’ Dengan Kekasih

Pelakon Risteena Munim memberitahu ramai yang bertanya mengenai bagaimana pertemuan pertamanya dengan tunang, Isa Khan sebelum menjalinkan hubungan cinta. Namun Risteena berkata dia masih belum bersedia untuk menceritakannya. “Ramai yang tanya saya, macam mana pertemuan saya dan Isa Khan. Siapa mengorat siapa. Macam mana hubungan tu bermula.“Insya-Allah satu hari nanti saya akan kongsi betul-betul dengan semua. 

“Tapi harini saya nak share sikit satu kenangan indah dimana hubungan ini baru nak bermula. Satu kenangan yang akan sentiasa diingati. Sehingga sekarang Isa Khan masih orang yang sama saya kenal dulu. Semoga terus kekal orang yang sama,” katanya. Risteena berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia memuat naik beberapa paparan skrin perbualan mereka menerusi aplikasi Whatssapp.

Tambah Risteena lagi, dia mahu mengajak pengikutnya menghargai orang-orang tersayang termasuk keluarga kerana akui hidup terlalu singkat.”Hargai keluarga dan orang-orang yang rapat dengan kita seperti hari ini hari terakhir kita dapat melihat mereka. “Kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi selamanya. “Tunjukkan kasih sayang korang pada orang yang korang sayang. Spread love. Show love before it’s too late.“ Saya juga mendoakan kalian mendapat kebahagiaan dunia akhirat,” katanya lagi. Pasangan ini bertunang pada 23 November tahun lalu.

Risteena Rindu Nak Bermanja Dengan Isa Khan

Lama tak dengar mengenai pasangan ‘manis bergula’ Risteena Khan dan tunangnya pelakon Isa Khan. Jika sebelum ini nama mereka menjadi topik hangat selepas tularnya video yang dimuat naik Risteena yang memaparkan ‘layanan 1st class’ yang diterimanya oleh Isa antaranya mengikatkan rambut, memotong kuku malah mencucikan kaki. Malah dia menyifatkan dia wanita paling bertuah kerana dipertemukan dengan pelakon kacak tersebut. Terbaru susulan dari PKP Risteena meluahkan kerinduan untuk makan bersama tunangnya itu.

Menerusi Instagram, Risteena meluahkan yang dia akan menjadi lebih berselera seandainya ada yang sudi menyuapnya makan. Bersama posting tersebut, pelakon cantik itu turut memuat naik sekeping foto memperlihatkan dirinya disuap mesra oleh Isa. Nampaknya pasangan ini harus bersabar lebih lama untuk berjumpa kembali, apa-apa pun peminat pasti tak sabar nak lihat mereka ini disatukan sebagai pasangan suami sendiri. Risteena dan Isa sebelum ini mengumumkan yang mereka sudah pun mengikat tali pertunangan sewaktu bercuti di Bali, Indonesia pada penghujung tahun lalu.