Memang luar biasa melihat panda yang kebiasaannya dikenali dengan sifat slowmo tapi kalini lain pula yang jadi. Ternyata gelagat panda ini meraih perhatian warganet. Ini kisah selanjutnya.

Setelah melihat gelagat-gelagat panda yang comel menerusi laman media sosial, pasti di antara kita turut mempunyai rasa untuk membela haiwan ini. Hal ini kerana, panda dikatakan memiliki wajah yang comel di samping turut mempunyai bulu yang lebat seperti teddy bear! Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @AnimalsWorld dimana terdapat dua ekor panda yang sedang berkelahi dalam sebuah kandang. Menerusi Tweet berkenaan, salah seekor daripadanya telah menolak seekor lagi panda sehingga terjatuh ke dalam longkang.

Namun begitu, lain pula yang berlaku apabila panda yang bersikap nakal itu telah berlari secara tiba-tiba dengan kadar yang laju. Manakala, seekor panda lagi yang sedang berada di dalam longkang itu turut mengejarnya dengan kadar kelajuan yang sama. Ternyata, situasi ini jarang dilihat oleh ramai orang dimana haiwan tersebut mampu berlari dengan pantas.

Rata-rata warganet berasa terhibur setelah melihat gelagat haiwan tersebut di samping ada yang turut memberikan komen yang melucukan. “Jadi maknanya selama ni diorang cuma malas?”, tanya salah seorang warganet yang memberikan komen di ruangan akaun terbabit. Video yang berdurasi selama 13 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 17 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter terbabit.

SUMBER: HCL

Panda dan Keunikan Sains yang Dimilikinya

Panda ternyata memiliki sisi yang jarang kita ketahui, bahkan hal sesederhana makan dan tidur saja. Diperkirakan memerlukan masa yang tidak sedikit untuk proses panda dalam menyiapkan makanan mereka. Panda terkenal sebagai binatang menggemaskan yang hidup bebas di daratan China. Binatang ini juga terkenal malas dan lambat, tidak seperti beruang lain yang sejenis dengan mereka. Di alam liar, kelambatan ini juga dicirikan dari cara mereka mengumpulkan, menyiapkan dan memakan bambu yang sangat mereka sukai. Menurut penelitian, binatang yang dilindungi ini setidaknya menghabiskan 55% waktu dari hidup mereka hanya untuk kegiatan mengumpulkan, menyiapkan dan memakan makanan mereka. Itulah sifat yang ada pada panda.

SUMBER: KUMPARAN