Membeli, memiliki dan mendiami rumah yang selesa dan memenuhi citarasa sendiri merupakan idaman semua orang. Ini 4 tips bagaimana cara membeli rumah pertama yang tepat.

Anda ingin membeli rumah pertama anda? Setiap orang yang merancang untuk membeli rumah buat kali pertama pasti mempunyai seribu satu persoalan yang timbul di minda mereka. Dengan komitmen lain yang anda harus berikan perhatian, semestinya anda mahu yang terbaik untuk rumah anda.  Sebelum anda membeli rumah, pasti pelbagai pertanyaan timbul di minda anda. Di sini kami kongsikan kepada anda tips untuk memudahkan anda beli rumah pertama anda.

Pertama, kaji harga hartanah di Malaysia. Ini adalah perkara pertama yang anda perlu buat di mana anda perlu membuat sedikit kajian tentang hartanah di Malaysia. Ini termasuk mengkaji perbezaan jenis rumah dan pinjaman bank serta kadar faedah pinjaman yang ditawarkan. Selain itu, anda perlu menyelidik rekod pemaju hartanah untuk mengelakkan rumah anda menjadi projek terbengkalai.

Kedua, rumah yang padan dengan pendapatan. Individu yang ingin membeli rumah dinasihatkan untuk tidak memperuntukkan ansuran pinjaman bulanan rumah lebih dari satu pertiga dari pendapatan isi rumah. Sebagai contoh, jika gabungan pendapatan anda dan pasangan bersamaan RM6,000, maka pembayaran rumah tidak digalakkan lebih dari RM2,000. Ketiga, menjadikan rumah pertama yang dibeli sebagai rumah pelaburan. Dengan menjadikan ia rumah sewa, anda boleh menjana duit poket tambahan setiap bulan. Jika anda sudah berkeluarga dan keperluan rumah lebih penting, mungkin anda perlu mencari rumah kedua pula sebagai rumah pelaburan.

Keempat, jangan terpedaya dengan ‘cash rebate’. Istilah ‘cash rebate’ sememangnya mengujakan bagi kebanyakan orang. Usah mudah percaya kerana kesemua kos berkenaan sudah termasuk di dalam harga rumah. Lakukan sedikit kaji selidik terlebih dahulu. Kelima, kesesuaian tempat. Pilih rumah yang berhampiran dengan lokasi tempat kerja anda supaya masa anda, tol dan petrol boleh dijimatkan sekaligus mengurangkan masa di atas jalan raya. Beli rumah di lokasi yang menjadi tumpuan seperti di bandar atau berdekatan dengan kemudahan awam kerana ia mudah untuk dijual semula pada masa akan datang. Ketahui pegangan tanah bakal rumah anda sama ada ia freehold atau leasehold.

Setiap orang pasti mengimpikan rumah yang berkualiti dan selesa dengan suasana yang tenang dan mendamaikan buat seisi keluarga.