Menakjubkan kucing unik hasil kacukan Maine Coon dan domestik ini telah lakukan aktiviti luar biasa bersama tuannya hingga membuatkan orang ramai teruja dengan pencapaian kucing tersebut.

Kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dipelihara. Haiwan comel memiliki bulu halus ini juga memiliki pelbagai perwatakan menarik dan mampu menjadi peneman setia kepada tuannya. Selain itu, keletah haiwan ini juga sering sahaja menarik perhatian ramai. Sama seperti kucing dari spesis kacukan Maine Coon dan domestik yang diberi nama Jibek ini. Jibek adalah seekor kucing yang unik kerana sering menemani tuannya Azhan Dziaruddin mendaki gunung. Memetik laporan Bernama, semuanya bermula kerana tiada orang yang dapat menjaga haiwan peliharaannya jika dia melakukan aktiviti lasak itu.

Menurut Azhan dia tinggal bersendirian di rumah sewa. Pada tahun 2016, Azhan mula memelihara Jibek dan menghadapi masalah untuk ditinggalkannya di rumah kerana tiada yang dapat menjaganya. Disebabkan itu Azhan nekad membawa Jibek yang pada ketika itu berusia enam bulan memanjat Gunung Nuang di Hulu Langat. Tambahnya lagi, pada awalnya dia risaukan kucingnya itu namun dia tidak menyangka Jibek menyukai aktiviti tersebut sehinggakan tidak mahu diletakkan di dalam beg galasnya.

Hingga kini, Jibek telah menawan lebih 30 gunung termasuk tujuh gunung paling tinggi di Malaysia yang juga dikenali sebagai G7 iaitu Gunung Tahan dengan ketinggian 2,190 meter (m), Gunung Chamah (2,171 m), Gunung Yong Yap (2,168 m), Gunung Ulu Sepat (2,158 m), , Gunung Korbu (2,183 m),  Gunung Yong Belar (2,181 m) dan Gunung Gayong (2,173 m). Bagaimanapun, kata Azhan, tujuan utamanya membawa kucing jantannya yang kini berusia empat tahun itu mendaki gunung adalah membuktikan aktiviti tersebut boleh dilakukan dengan haiwan kesayangan.

“Namun, persiapannya perlu dilakukan dengan lebih rapi dan teliti seperti makanan, baju hujan, baju sejuk, ubat-ubatan serta pakaian hariannya terutamanya apabila bermalam di sesuatu kawasan,” katanya. Selain mendaki gunung, Jibek yang mudah mesra dengan manusia  telah melakukan pelbagai  aktiviti lasak lain seperti  flying fox dan paragliding selain Azhan berhasrat membawa kucingnya itu melakukan aktiviti abseiling dan water rafting.

Malah setakat ini, kucing peminat sukan lasak tersebut sudah menawan lebih 30 gunung termasuk tujuh gunung paling tinggi di Malaysia. Wow, bukan calang-calang tau kucing bernama Jibek ini! Selain itu, kucing peminat sukan lasak ini juga pernah melakukan aktiviti lain seperti flying fox dan paragliding. Hebat juga pencapaian kucing ini ya! Cukup sebati dengan alam semulajadi.- BERNAMA