Menarik dan dapat ilmu tambahan. Ini 9 Dokumentari Wajib Tonton Di DidikTV Buat Seisi Keluarga

Sejak DidikTV KPM diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ramai ibu bapa, guru dan pelajar memberi respon positif. DidikTV KPM ternyata membantu mereka dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih efisien. Untuk pengetahuan anda, program yang disiarkan di DidikTV KPM bukan hanya boleh ditonton oleh pelajar tau. Sebenarnya banyak dokumentari menarik yang anda seisi keluarga boleh tengok.

Pertama, by the sea yang mempamerkan pantai-pantai menarik di Malaysia. Rindu betul nak pergi pantai. Dapat tonton rancangan ‘By The Sea’ dalam DidikTV KPM pun bagus juga. Dapatlah tahu pantai-pantai menarik yang ada di Malaysia. Nanti bolehlah bawa keluarga pergi ke sana pula. siaran ini diterbitkan oleh blog Travel Hellocuti. Kedua, dunia tersembunyi yang mempamerkan budaya unik masyarakat di Asia. Sebenarnya masyarakat di Asia mempunyai banyak budaya yang unik. Selepas menonton rancangan ‘Dunia Tersembunyi‘, anda mesti terkejut kerana pelbagai budaya unik yang anda mungkin tak tahu wujud. Siaran ini diterbitkan oleh kebudayaan Mancanegara.

Ketiga, Go travel yang mempamerkan tempat pelancongan menarik di negara ASEAN. Bagi anda yang suka melancong mesti suka rancangan ‘Go Travel‘. Program ini memaparkan tempat-tempat pelancongan menarik di negara ASEAN yang anda boleh terokai. Diterbitkan oleh policyStreet. Keempat, Supper Heroes yang menceritakan tentang negara popular dengan ‘late night craving’.Selalu craving makanan ketika tengah malam? Anda mungkin tergoda dengan rancangan ‘Supper Heroes‘. Ada banyak negara luar yang popular dengan late night cravings. Rancangan ini diterbitkan oleh We Heart it.

kelima, festival jurnal kembara dunia yang menceritakan festival dunia popular. Anda yang pernah melancong ke negara luar mesti suka sertai festival yang ada. Jom tonton rancangan ‘Festival Jurnal Kembara Dunia‘ dan ketahui pelbagai festival menarik dunia yang popular. Rancangan ini diterbitkan oleh MLDSPOT. Keenam, jurnal resepi yang mana menyiarkan cerita jatuh bangun chef dan pengusaha industri makanan. Saksikan jerih-perih dan perjalanan berada dalam industri makanan . Anda boleh pelajari bagaimana nak menghadapi situasi sukar dalam bidang ini melalui rancangan ‘Jurnal Resipi‘. Diterbitkan oleh E21.

ketujuh, Off the Hook yang menceritakan lokasi memancng yang unik. Bagi anda yang mempunyai hobi memancing, ketahui lokasi memancing yang unik melalui rancangan ‘Off The Hook‘. Nanti dapatlah juga merasai pengalaman baru di lokasi berbeza. diterbitkan oleh 1ZOOM. Kelapan, The Streets Tanah Airku yang mengisahkan tentang jalan bersejarah di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, penting untuk kita tahu tentang sejarah di Malaysia.  Tonton rancangan ‘The Streets Tanah Airku‘ dalam DidikTV KPM. Anda sekeluarga pasti kagum dengan kisah-kisah menarik di sebalik jalan bersejarah di Malaysia. Kesembilan, Unsung Places. Mempamerkan destinasi pelancongan unik yang tak diketahui ramai. Sebenarnya wujud tempat-tempat pelancongan menarik yang kita tak pernah tahu pun sebelum ini. Jadi, anda kena saksikan rancangan ‘Unsung Places’ untuk tahu lokasi-lokasi menarik yang underrated ini. Diterbitkan oleh Cari homestay.

Itu antara dokumentari menarik di DidikTV KPM yang anda sekeluarga boleh tonton. Orang kata, tuntut ilmu biarlah sampai ke negara China. Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan ilmu tambahan berguna okay. Untuk makluman, anda boleh tonton DidikTV KPM yang bersiaran di ntv7 bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Akhir kata, program yang disiarkan dalam DidikTV KPM ternyata dapat menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sumber: Hanis Aliaa