Mengagumkan pusat beli belah One Utama taja ujian saringan secara percuma kepada pekerja mereka. Lebih mengejutkan apabila jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan mereka dibayar oleh pihak itu sendiri. Ini jumlahnya.

Hampir semua pusat beli belah di sekitar Lembah Klang dipercayai terlibat dengan kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pengunjung mahupun kakitangan. Turut terkena tempias adalah One Utama Shopping Centre, Damansara. Setelah diarahkan tutup pada 11 Oktober susulan terdapat dua kes positif Covid-19 sepanjang minggu tersebut. Pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menyediakan perkhidmatan swab test secara percuma kepada semua kakitangan mereka. Wow!

Berita baik ini dimaklumkan melalui akaun Facebook rasmi pusat beli belah tersebut dan memberitahu ini merupakan kali pertama mereka melaksanakan swab test secara besar-besaran. Taja RM1.5 swab test untuk 6000 pekerja Melalui posting yang sama, One Utama Shopping Centre telah berjaya menjalankan ujian ini kepada 6000 kakitangan daripada lebih 700 outlet di dalam pusat beli belah tersebut.

Apa yang mengejutkan lagi adalah jumlah perbelanjaan bagi kesemua kit ujian swab itu bernilai RM1.5 juta dan dibiayai sendiri oleh pihak mereka. Sesi swab test ini telah dijalankan kepada semua pekerja dalam tempoh hampir 20 jam selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 Oktober. Seramai 10 doktor dan ahli perubatan turut bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam menjayakan ujian ini.

Pihak One Utama juga menzahirkan permohonan maaf jika terdapat penangguhan sehingga ada di antara pekerja yang perlu menunggu lebih lama daripada masa yang dijadualkan. Mereka turut memberi sokongan penuh kepada para pemilik outlet untuk terus bertahan dan berharap agar premis mereka boleh beroperasi semula. Terbaiklah! Harap dengan usaha murni ini keselamatan dan kebajikan pekerja juga terjaga. Semoga kita bebas dari Covid-19 dan boleh sambung shopping. Yeay!

Sumber: LobakMerah

Terkini pihak pengurusan pusat beli belah One Utama minta pengunjung yang mengunjungi satu bahagian di One Utama ni tampil buat ujian saringan.

Terkini pihak pengurusan pusat beli belah One utama mengarahkan orang ramai yang berkunjung di bahagian kosmetik Parkson Elite dan Mac City Service Centre supaya memudahkan kerja dengan tampil untuk melakukan ujian saringan disebabkan terdapat kes positif koronavirus (Covid-19). One Utama berkata, orang ramai yang berada di dua bahagian itu pada 25 September hingga 7 Oktober lalu boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

Katanya, setakat ini semua pekerja Mac City Service Centre disahkan negatif, begitu juga dengan kontak rapat pekerja Parkson Elite. Kementerian Kesihatan mengesahkan sebilangan kecil kes di One Utama tidak berhubung atau tersebar oleh satu sumber dengan individu yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala ketika bekerja di premis penyewa kami. “Kami juga menyediakan kemudahan untuk semua kakitangan One Utama dan kakitangan penyewa kami untuk menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang perunding kecantikan di Elite Parkson, Pusat Membeli Belah One Utama, Petaling Jaya disahkan positif koronavirus (Covid-19) selepas keputusan saringan pada 7 Oktober lalu. Media hari ini melaporkan berlaku empat kes positif melibatkan tiga pekerja dan seorang pengunjung di kompleks itu.

Kenyataan itu juga mengesahkan tentang penutupan sementara pusat beli-belah tersebut bermula esok untuk proses saringan kontak rapat dan proses nyah kuman atas nasihat KKM. Menurutnya, kompleks itu hanya akan dibuka semula setelah semua pekerja One Utama dan penyewa menjalani ujian saringan dan keputusan ujian itu diperoleh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! dan Jangan lupa untuk Like pagi kami KUCINGASM MEDIA. Jom baca artikel berkaitan dibawah untuk kefahaman mengenai kes covid 19 di One utama ini.