Mengejutkan ada warganet menghantar mesej yang tidak senonoh kepada Adibah Noor sehingga dikritik hebat oleh orang ramai. Ini respon Adibah Noor selepas menerima mesej berunsur tidak elok itu.

Jika korang sebagai seorang perempuan, tiba-tiba muncul lelaki entah dari mana-mana, lepas tu minta gambar tak senonoh korang, apa korang rasa? Itulah yang dialami penyanyi terkenal negara kita, Adibah Noor. Kak Adibah ada post gambar di Twitternya tadi, tentang seorang lelaki tak dikenali menghantar satu mesej berbaur tak elok. Tapi dengan penuh ‘cool’, kak Adibah balas balik permintaan lelaki itu dengan satu jawapan ringkas. ” awak bayangkan jelah ni saya, babai” bersama gambar kucing.

Tweet itu menimbulkan pelbagai reaksi oleh ramai followernya. Bagaimanapun, ada warganet tunjuk satu mesej yang mengatakan individu berkenaan memohon maaf dan bertaubat. Difahamkan, mungkin warganet tersebut telah mesej sendiri individu itu untuk tindakan lanjut. Semoga kita dijauhkan daripada mereka yang berbahaya seperti ini. Bukan sahaja Adibah Noor yang menerima mesej sebegitu. Malahan sebelum ini, penyanyi muda Luqman Faiz turut menerima mesej yang tak senonoh dari peminatnya.

SUMBER: SIAKAPKELI

Seorang peminat Luqman Faiz meminta sesuatu yang memalukan dari penyanyi itu. Ini responnya apabila menerima mesej berunsur tidak elok baru baru ini.

Bertindak mendedahkan paparan skrin mesej tidak disenangi yang diterimanya daripada peminat di laman Instagram miliknya, penyanyi Luqman Faiz seolah memaparkan sikap pengguna tersebut seperti tidak putus asa menggodanya. Menerusi perbualan terbabit, pemilik akaun yang menggunakan foto seorang wanita itu terlebih dahulu memulakan perbualan yang tidak menyenangkan dengannya.

Dalam teks tersebut, pengguna berkenaan dilihat tidak segan meminta kemaluan Luqman dan terus mengasaknya berkali-kali. “U nak d*ck u boleh tak?” Namun begitu, tidak hanya berdiam diri, Luqman tampil membalas kiriman tersebut dalam nada berseloroh sambil mengajak pemilik akaun berkenaan untuk bertemunya di bawah Jambatan Pulau Pinang. “Bawah jambatan Pulau Pinang onz gak.”

Perkongsian Luqman itu mencuit hati waragnet yang rata-ratanya terhibur dengan kiriman balas yang ditonjolkan penyanyi muda itu. Malah, ada juga yang tampil menasihatinya agar sentiasa berwaspada kerana sebelum ini juga telah banyak selebriti lelaki terkena dengan godaan seperti ini. Sekadar informasi, Luqman merupakan antara penyanyi Budak Baru Nak Up “BBNU” yang kian menjadi gilaan para gadis ketika ini. Lagu hitnya Kepuraanmu yang kini difahamkan hampir mencecah 30 juta tontonan di laman YouTube itu sering menjadi pilihan pendengar dan acap kali dimainkan di stesen radio tempatan.

SUMBER: BEAUTIFULNARA, GEMPAK