Mengejutkan aksi luar biasa bayi kecil yang baru berusia 6 bulan ini meraih perhatian orang ramai. Tak sangka usia muda itu mampu lakukan sesuatu diluar jangkaan. Ini kisah selanjutnya.

Meluncur air bukanlah sesuatu yang mudah untuk orang dewasa mempelajarinya apatah lagi kanak-kanak. Selain mencabar dan berisiko tinggi, meluncur air juga memerlukan kekuatan dan kemahiran yang tinggi. Walau bagaimanpun, percaya atau tidak seorang bayi dari St. George AS ini telah memecahkan rekod sebagai bayi termuda untuk melakukan aksi meluncur air.

Ibu bapanya, Casey dan Mindi Humpherys telah berkongsikan foto dan video bayi mereka bermain ski di Instagram dan perkongsian itu telah menjadi perhatian ramai. Dalam video yang tular, bapanya dilihat sentiasa berada di sisi bayi itu sambil dia mengiringi anaknya meluncur dalam bot. Rich yang berusia 6 bulan dipakaikan jaket keselamatan ketika dia sedang meluncur di atas air dengan sendirinya.

Kanak-kanak itu berdiri dengan kakinya yang dikunci selamat pada papan luncur khas, sementara tangannya mencengkam pemegang di hadapan. Ibu bapanya menyatakan bahawa Rich berusia enam bulan dan empat hari pada waktu dia melakukan aksi itu, sekali gus mengalahkan rekod termuda sebelumnya yang ditetapkan oleh Auburn Absher pada 2016 apabila dia meluncur pada usia enam bulan dan 10 hari. Aksi luar biasa itu walau bagaimanapun menerima pelbagai reaksi dari warganet, ada yang kagum dengan pencapaian tersebut dan ada yang ‘kagum’ ibu bapanya langsung tidak takut untuk membahayakan nyawa bayi mereka.

SUMBER: HCL

Cara Bayi Belajar Berjalan

Tidak lama lagi si manja akan bertatih mengelilingi rumah. Untuk mencapai tahap ini, anda perlu memberikan galakan, perhatian dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai. Kebanyakan bayi mula bertatih pada penghujung tahun pertamanya (antara 9 dan 12 bulan). Jangan bimbang jika bayi anda lewat berjalan. Ramai kanak-kanak masih belum berjalan sehinggalah mereka berusia 16 atau 17 bulan. Walau bagaimanapun, jika anda rasa si manja anda jauh ketinggalan berbanding rakan sebayanya yang lain, berbincanglah dengan doktor anda.

Cara Terbinanya Keupayaan Berjalan. Kebanyakan bayi bermula dengan merangkak. Tetapi ada juga bayi yang melangkau peringkat ini dan terus berdiri dan berjalan. Jika si manja anda sudah merangkak agak lama, dia mungkin akan mencuba pergerakan yang lebih mencabar seperti merangkak menaiki tangga. Walaupun menaiki tangga boleh membantu dia belajar cara menilai ketinggian dan kedalaman serta membina deria imbangannya, atas sebab keselamatan pastikan anda memasang pagar tangga supaya dia tidak dapat menaiki tangga tanpa kehadiran dan bantuan anda.- JOHNSONSBABY