Mengejutkan anak lelaki Zarina Zainuddin tidak boleh kawal diri bila dia melakukan sesuatu di luar kawalannya terhadap Zarina dan suaminya. Ini yang diluahkan Zarina ekoran tindakan anaknya itu.

Pelakon Zarina Zainuddin, memberitahu bahawa anak lelakinya, Muhammad Razail Azrai atau lebih mesra disapa Azil yang merupakan seorang autistik semakin sukar dikawal. Ini kerana, menurut Zarina, selain sering tantrum setiap hari, anaknya yang merupakan pasangan kembar kepada Muhammad Razal Azrai atau Azal itu sudah mula melakukan tindakan luar kawalan termasuk menyerangnya.

“Saya sebenarnya dah malas nak tunjuk video Azil tantrum. Perkara ini berlaku setiap pagi Azil akan bangun dan terus mengamuk. “Sekarang dah pandai serang. Kadangkala saya dikejar keliling meja sebab saya taknak dia bawak makanan ke bilik atas. “Semalam Azil serang abahnya di dapur. Dia tolak abahnya depan mata saya, lihat abahnya bersabar,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Zarina turut berkongsi sebuah video yang memaparkan anaknya berada dalam keadaan tantrum sehingga melukakan diri. Begitupun, menurut Zarina dia tetap sabar melayan kerenah anaknya itu walaupun perlu berdepan situasi tersebut saban hari. “Jadi ibu kena kuat otak kena sihat jangan ikutkan perasaan menangani anak istimewa, anak syurga yang tak tahu apa apa yang tidak ada dosa yang berdosa kita sebenarnya kerana kurang sabar,” katanya. Di ruangan komen, rata-rata memberikan sokongan dan memuji Zarina yang sentiasa tabah membesarkan dua orang anaknya yang autistik. Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat anak lelaki termasuk sepasang kembar, iaitu Azal dan Azil.

SUMBER: GEMPAK

Cabaran Zarina bersama anak autisme sepanjang PKP 

MEMBUAT kerja rumah dan bermain badminton di halaman. Itu antara ‘helah’ digunakan pelakon Zarina Zainuddin, 50, bagi mengawal dua anak istimewanya yang menghidap autism iaitu Azil dan Azal supaya mereka tidak keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Zarina mengakui anaknya itu kurang faham mengenai situasi di luar dan dia terpaksa melakukan pelbagai helah demi memastikan mereka kekal duduk di rumah bersama ahli keluarga lain.

“Azil kerap berkeras mahu keluar kerana sudah terbiasa dengan rutinnya membeli barang sendiri sebelum ini. Dia tidak mahu kami yang pergi belikan untuknya. JIka dihalang, dia akan mengamuk dan mula menyakiti dirinya. Ketika itu saya perlu memujuknya dengan betul dan menerangkan mengenai bahaya di luar sana,” katanya. Walaupun ada kelonggaran terhadap anak-anak autisme sepanjang tempoh PKP ini, namun Zarina lebih suka jika mereka duduk di rumah demi keselamatan masing-masing dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama.- HMETRO