Mengejutkan Ayda Jebat beri amaran kepada individu ini gara gara lakukan sesuatu terhadapnya. Ternyata ini cerita sebenar yang berlaku.

PENYANYI dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir individu tidak bertanggungjawab membuat gangguan seksual terhadapnya. Turut berkongsi bukti paparan skrin mesej yang tidak senonoh daripada seorang individu yang tidak dikenali, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 28, mengakui penat berhadapan dengan gangguan sebegitu.

Apatah lagi, ia bukan gangguan pertama kali yang dihadapinya menerusi hantaran mesej terus atau direct message (DM) menerusi media sosialnya. “Ada ramai lagi yang DM. Again and again. I’m tired (Lagi dan lagi. Saya penat),” ujarnya. Tambah Ayda, walaupun sudah bertindak menyekat beberapa akaun biadap sebelum ini, namun perkara sama masih berulang.

“Dah ramai DM macam ini. Dah block (sekat) banyak. Tetap ada lagi. Tolong semua, jangan sampai saya ambil tindakan,” kongsinya menerusi hantaran di InstaStory miliknya. Pendedahan Ayda itu mendapat perhatian ramai termasuk tunangnya, Nabil Mahir yang mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap gangguan sebegini yang boleh dianggap sebagai buli siber. Sebelum ini, Nabil juga pernah memberi amaran kepada lelaki yang sering menghantar gambar tidak senonoh mereka kepada Ayda.

Gangguan siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian gangguan siber tidak diketahui kerana ramai orang gangguan siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. gangguan siber adalah perbuatan mengncam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Gangguan siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan seseorang menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan.

Dalam kes tertentu, gangguan siber boleh menyebabkan seseorang bertindak diluar jangkaan kepada dirinya. Gangguan siber adalah salah di sisi undang-undang. Sekiranya anda adalah orang yang diganggu. 1. Bincang dengan ibubapa anda, kaunselor sekolah atau guru. 2. Simpan e-mel, mesej atau imej gangguan sebagai bahan bukti. 3. Jangan balas mesej teks atau e-mel diganggu. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan gangguan siber ini dapat dihentikan secepat mungkin. -myhealth.gov

Sumber: SinarPlus