Mengejutkan Azwan Ali sudah tekad tak mahu berubah biarpun dirinya sudah dikatakan berumur. Ini respon Azwan Ali dengan kritikan warganet itu.

Meskipun usianya kini sudah menganjak 54 tahun, pengacara sensasi Azwan Ali berkata usia semakin meningkat bukan alasan untuk dia berubah daripada terus mengeluarkan kata-kata kesat kepada individu tertentu. “Umur bukan penghalang, Diva mengeluarkan kata-kata bisa hanya untuk mereka yang selayaknya! Walaupun aku bertongkat nak tunggu masuk tanah pun… aku akan hamun kau!…” katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Azwan meluahkan rasa syukur produk minyak angin Diva See My Level keluarannya berjaya mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Katanya lagi, minyak yang dikeluarkan itu ditujukan khas kepada haters yang tidak pernah berhenti mengkritiknya.

Teringat sesuatu ini Azwan Ali terus mengalirkan air matanya sehingga mendapat perhatian warganet. Rupanya ini punca yang berlaku.

Pengacara terkenal Azwan Ali meluahkan rasa kecewanya apabila sehingga hari ini masih ramai yang tak suka dan mengkritiknya di media sosial. Menurut Azwan, mereka mungkin lupa bahawa hidup ini telah ditentukan oleh Allah SWT. “Hari ini bila saya dah keluarkan produk minyak angin saya, perasaan sebak tu membuak-buak. “Saya sebak sangat bila memikirkan selama ini ramai betul tak suka dan kritik saya.

Menurut Azwan Ali lagi, kesedihan dia juga itu turut dibayangi kisah lama membabitkan dulu bapanya iaitu Haji Ali. “Sebenarnya ada kisah jugga di sebalik produk minyak angin saya ini. Kalau nak tahu dulu ayah selalu masak minyak urut. “Waktu tu saya kecil lagi depan mata saya dia masak. “Ayah memang pandai masa minyak angin gunakan ramuan tradisinya. “Jadi saya sebak sangat. Tak terfikir pula saya akan mengeluarkan produk yang khasiat dan keberkesanannya sangat sama,” katanya.

Difahamkan, minyak angin Diva AA See My Level ini berkesan untuk mengurangkan sakit sendi, lutut, kepala dan s3ngal-s3ngal badan. Terdahulu pernah dikaitkan Diva AA ini dengan Naim Daniel. Siapa sangka disebalik ucapan tahniah dan kegembiraan yang diterima penyanyi Naim Daniel setelah beliau berjaya menjulang AJL 34, masih ada segelintir individu yang bersikap “kurang ajar” terhadap penyanyi tersebut. “Siapa JADAH ni? Semak stage kunun Juara”- Azwan Ali

SUMBER: GEMPAK