Mengejutkan bila tiba tiba Neelofa letak jawatan sebagai Pengarah Air Asia lepas 3 tahu. Rupa rupanya ini punca buat orang ramai terkedu.

AirAsia Bhd mengumumkan aktres dan pengacara televisyen (TV), Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya. AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos lalu, daripada Neelofa, pada Rabu.

Menurut syarikat itu, Neelofa menyatakan ‘komitmen peribadi lain’ sebagai alasan peletakan jawatan beliau. Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017.

Sumber: Bernama

Jadilah pengguna media sosial bijak – Neelofa

PELAKON dan pengacara popular, Neelofa kecewa dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun media sosial palsu menggunakan nama dan gambarnya serta memuat naik kenyataan yang kurang sesuai. Neelofa menerusi Twitter berkata, tindakan itu adalah tidak wajar dan tidak beretika.

“Semoga kita semua sentiasa menjadi pengguna media sosial yang bijak,” tulisnya. Bekas pengacara program MeleTop itu juga membalas pertanyaan pengikutnya di platform media sosial itu yang memintanya supaya mendapatkan tanda akaun sah atau ‘verified’ dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Sebenarnya sudah pernah ‘verified’ sebelum ini. Ada masalah teknikal sikit. Tak mengapa, saya sedang usahakannya. Tak mahulah sampai ke tahap itu (tindakan). Cuma, saya berharap semua orang lebih bertanggungjawab dalam keghairahan bermedia sosial,” tulisnya, diikuti dengan emoji hati. Neelofa menjadi antara selebriti tanah air yang berdepan dengan pelbagai akaun media sosial palsu, menggunakan nama serta gambarnya dan disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.