Mengejutkan bila tiba tiba Sharifah Sakinah akui sedang bercinta dengan lelaki mat saleh. Baru je 4 bulan berpisah kini Sharifah Sakinah tampil dedahkan foto wajah kekasih baru.

Beberapa hari lalu, pihak media melaporkan pelakon Sharifah Sakinah mengakui sedang bercinta dengan seorang jejaka ‘Mat Salleh’ yang mula dikenali selepas tamat tempoh edahnya.Terbaru, jurugambar popular @pinography memuat naik sekeping gambar ‘penggambaran’ di Instagram memaparkan seorang lelaki tersenyum mesra selain seorang lagi individu yang tidak didedahkan wajahnya

Bagaimanapun, kapsyen gambar berwarna hitam putih berkenaan turut meletakkan nama akaun pelakon berusia 31 tahun itu. “Coming soon! Photoshoot for @sharifah_sakinah & Micheal” Menerusi kapsyen itu juga, @pinography berkata individu tersebut mahu memberi penjelasan bahawa lelaki berkenaan bukanlah berbangsa Inggeris seperti yang diperkatakan sebaliknya adalah Swedish.

Turut menjadi bahan bualan di CARI forum Empat bulan berpisah, Sharifah Sakinah bercinta dengan jejaka ‘mat salih’ Sebelum ini Pelakon Sharifah Sakinah mengakui menemui cinta baru selepas berpisah kira-kira empat bulan lalu.

Enggan mendedahkan identiti kekasih, Sharifah Sakinah berkata mereka mempunyai beberapa persamaan, antaranya berkongsi tarikh lahir iaitu 28 Mei. “Usia dia lebih 10 tahun daripada saya. Kami mempunyai hobi yang sama iaitu bersenam,” katanya, mengakui berasa lebih gembira dengan hidupnya sekarang. Sharifah Sakinah berkahwin dengan juruterbang Aliff Adha pada 2015 dan berpisah Mei lalu.

Sumber : @pinography , CARI forum

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!