Mengejutkan Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya alami trauma selepas ini yang berlaku pada kandungan isterinya. Kejadian itu dikongsikan melalui satu video

Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkongsi satu video isterinya Datin dr Halina yang sedang melakukan scan untuk mencari degupan jantung bayi kembar yang sedang dikandung isterinya itu. Menurut Dr Sheikh Muszaphar, mereka melalui satu pengalaman yang cukup traumatik malam tadi apabila bayi kembar dalam kandungan tidak bergerak selepas berlaku satu kejadian yang tidak diingini. 

“Kami mengalami pengalaman yang cukup traumatik malam tadi. Ketika kembar Adam dan Noah sedang bermain, secara tidak sengaja mereka terjatuh di atas perut Dr Halina. Mereka jatuh dengan kuat. “Dr Halina hanya mendiamkan diri sepanjang masa dan hanya memberitahu saya salah seorang kembar di dalam perutnya tidak bergerak atau menendang sudah lebih dua jam,” tulis Dr Sheikh Muszaphar dalam Bahasa Inggeris.

Tambah Dr Sheikh Muszaphar, dia berasa tidak sedap hati memandangkan kembar di dalam perut sangat aktif pada waktu malam terutamanya kembar perempuan. “Tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi, kami terus ke Bahagian Kecemasan pada pukul 1:00 pagi. Perjalanan 20 minit ke hospital seperti terlalu lama. Kami hanya terdiam di dalam kereta. Saya lihat Dr Halina menangis.

“Did an urgent Ultrasound Scan and Alhamdulillah both heartbeats were detected. Syukur sangat kepada Allah.
Saya tak dapat bayangkan jika sesuatu berlaku kepada kembar yang belum lahir atau mana-mana anak kami. Minta Tuhan jauhkan, Nauthu Billah,” tulis Dr. Sheikh Muszaphar lagi. Datuk Dr Sheikh Muszaphar juga ingin berkongsi dengan semua ibu yang sedang mengandung di luar sana supaya tidak mengambil mudah dalam apa jua keadaan yang berlaku.

“Ikut firasat dan rasa anda kerana seorang ibu lebih mengetahui. Pastikan anak dalam kandungan sentiasa menendang, sekurang-kurangnya 10 kali dalam sejam. “Jangan tangguh untuk ke hospital. Setiap saat sangat getir. Setiap ibu mengandung perlu ada pengetahuan tentang anak yang dikandung dalam apa juga keadaan. Expect the unexpected. Pasangan juga perlu ada bersama setiap masa untuk menyokong. Ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja,” pesan Dr Sheikh Muszaphar.

Dr Sheikh Muszaphar turut memohon daripada semua agar mendoakan kemudahan kepada Dr Halina sepanjang kehamilannya. Dia juga memberitahu mereka akan melakukan scan sekali lagi pada hari ini. Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga bersama Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010. Mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata, Sophea Isabella dan Sophea Natasha, serta cahaya mata kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Dr Halina kini sedang hamil dengan kembar perempuan.

SUMBER: GEMPAK