Mengejutkan Hanez Suraya terpaksa berhadapan dengan polis ketika sedang berbasikal bersama kawan kawannya. Rupa rupanya ini sebab polis menahan pelakon itu dan kawan kawannya.

Pelakon Hanez Suraya akui tidak boleh melupakan pengalaman saat ditahan polis ketika sedang berbasikal bersama sekumpulan rakan-rakannya pagi tadi. Menurut Hanez dia dan kawan-kawannya panik apabila sebuah kereta polis meminta mereka berhenti ketika sedang berkayuh menaiki basikal. Bagaimanapun anggota polis itu bukan mahu menahan mereka kerana melakukan kesilapan sebaliknya hanya mahu bergambar dan memberikan nasihat.

“Ini kejadian kayuh tadi. Ingatkan nak tahan kami sebab salah sebab kayuh ke apa, rupanya abang polis nak bergambar selfie dengan kami! “Katanya risaukan kami “Kalau basikal calar tak apa, kalau muka calar macam mana?” Alahaiiii, abang polis prihatin sangat,” katanya. Hanez berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu Hanez berkongsi fotonya bersama anggota polis itu. Hanez memberitahu kerana panik ditahan polis, dia sudah menghubungi suaminya untuk membantu. “Apa-apa pun saya dah cuak sangat siap telefon suami. Tak tahu lah nak gelak ke nak nangis! Ini serious ONz,” katanya lagi. Hanez sudah mula menjadikan aktiviti berbasikal sebagai hobi sejak beberapa bulan lalu.- GEMPAK

“Kerja Mereka Penat Tau..” – Tak Berkira, Hanez Suraya Layan Pembantu Rumah Macam Kawan Sendiri

Pelakon Hanez Suraya mengakui dia melayan pembantu rumahnya seperti kawan sendiri. Menjawab pertanyaan peminat mengenai pembantu rumah di ruangan Ask Me A Question di Instagram Stories, Hanez bersyukur dikurniakan dengan pembantu rumah yang baik. “Soal maid ni rezeki masing-masing. Kadang-kadang ada yang dapat tak sesuai dengan mereka.

“Saya bersyukur kerana maid saya sangatlah baik-baik. Bukan nak puji lebih-lebih tapi bersyukur. “Mereka jaga anak-anak saya dengan baik. Sayang macam anak-anak mereka sendiri. “Itu yang paling saya utamakan. Selebihnya bab rumah mereka tahu kerja mereka,” kongsinya. Tambah Hanez lagi, dia mahu pembantu rumahnya selesa dan pelakon drama bersiri Suri ini juga tidak berkira dari segi makanan.

“Kita kena layan mereka macam kawan sebab sebab bagi mereka selesa dengan kita. “Kerja mereka penat tau, mana nak jaga anak, nak masak, nak kemas, cuci itu ini. Mereka di sini ada kita sahaja sebagai keluarga mereka. “Bab makan kita jangan berkira, rezeki kita kongsi bersama. Insya-Allah pasti mereka baik dengan kita,” tulis Hanez lagi. Dalam perkembangan lain, aktres yang kini aktif berbasikal ini baru sahaja memulakan bisnes restoran, Meat Cartel yang terletak di Shah Alam dan Senawang.

SUMBER: GEMPAK