Mengejutkan harga sebenar cermin mata Mahatma Gandhi cecah RM 1.4 juta cipta kontroversi hebat buat masyarakat persoal perkara tersebut. Ahli keluarga tampil beri penjelasan ini buat ramai tercenggang

Sepasang cermin mata disaluti emas milik Mahatma Gandhi berjaya dijual dengan harga £ 260,000 (RM1.4 juta), sekaligus mengejutkan pemiliknya yang tidak menyangka ia mempunyai nilai begitu tinggi. Individu yang memiliki cermin mata itu ditinggalkannya dalam sampul surat yang diserahkan kepada pelelong tempatan di Bristol, England, tiga minggu lalu. “Kami menemui sampul itu dalam peti surat. Mengikut maklumat yang diperolehi, individu itu mendapat cermin mata berkenaan daripada bapa saudaranya,” tulis agensi East Bristol Auctions di Instagram.

Bapa saudara individu berkenaan bekerja dengan syarikat petroleum Britain di Afrika Selatan, di mana Gandhi menghabiskan bertahun-tahun sebelum kembali ke India untuk melancarkan pergerakan memperjuangan kebebasan. Gandhi diketahui sering memberikan barangan tidak digunakan kepada mereka yang memerlukan atau yang membantunya.

“Individu itu beritahu saya, jika tiada pembida, buang sahaja. Malah ketika dicadangkan harga asal 15,000 pound, dia sangat terkejut. “Kami tumpang gembira kerana dia berjaya menjual cermin mata itu dengan harga yang sangat tinggi. Dia seorang lelaki yang sudah berusia dan mungkin melalui saat-saat sukar dalam tempoh beberapa bulan ini, harapnya wang hasil jualan dapat membantunya,” kata jurucakap, Andy Stowe, kepada The Hindustan Times. Identiti pembeli tidak dedahkan, namun cermin mata itu kini dikhabarkan menjadi milik seorang lelaki dari Amerika Syarikat.-Gempak

Menyingkap perlakuan beri bahaya pada nyawa Mahatma Gandhi

Pengkritk filem dan budaya, Ku Seman Ku Hussain pernah menulis, filem biografi atau lebih dikenali sebagai filem biopic (biography pictures) bukanlah berada dalam genre dokumentari walaupun menyingkap sejarah hidup seseorang tokoh sama ada yang masih hidup atau telah pergi buat selama lamanya.Dari perspektif Ku Seman, lazimnya, menerusi filem biografi begini, sisi pemikirannya yang terlindung boleh dilihat oleh masyarakat selain cara pengarah memberikan tafsiran terhadap tokoh berkenaan. Filem biografi, jelas Ku Seman, merupakan sebuah drama yang menuntut tafsiran demi tafsiran.Justeru, apabila India mengasilkan naskhah melibatkan nyawa pemimpin terulung negara itu, Mahathma Gandhi, pastinya filem ini akan undang perdebatan dan perbincangan panjang.

The Mahatma Gandhi yang akan ditayangkan di seluruh dunia pada 30 Januari 2019 tentu sekali akan memberikan pelbagai persepsi kepada khalayak filem serta rakyat India sendiri.Difahamkan, naskhah ini akan menyingkap ‘rahsia’di sebalik kejadian beri kesan pada nyawa Mohandas Karamchand Gandhi atau lebih dikenali sebagai Mahatma Gandhi iaitu seorang pemimpin spiritual dan tokoh politik India.Tayangan The Gandhi pada tarikh yang sama Mahatma Gandhi diperlakukan sesuatu pada nyawa beliau pada 71 tahun lalu iaitu pada 30 Januari 1948.The Gandhi merupakan sebuah filem sejarah India yang memaparkan kebenaran, kata penerbitnya, Lakshmi R Iyer.”Filem ini merupakan pengkisahan di sebalik kebenaran kes beri kesan pada nyawa Mahatma Gandhi pada 30 Januari 1948. Ia bukan sebuah festival filem.

Ia adalah sebuah kisah dan juga filem komersil sejarah. Kerana itu, kami terbit dan edarkan secara komersil. Mahathma Gandhi merupakan salah seorang lelaki hebat yang pernah dilahirkan,” kata penerbit The Gandhi , Lakshmi R Iyer.”Naskhah ini mengupas situasi dalam negara selepas kemerdekaan, bagaimana cetus rakyat berang yang memuncak, wanita diperlakukan bukan bukan dan beri bahaya pada nyawa mereka, kanak-kanak menjadi individu tak bersalah . Situasai ketika itu merupakan masa yang paling tak baik buat India,” kata Lakshmi menyambung kisah.

Penghasilan The Gandhi , jelas Lakshmi, dilakukan penuh berhati-hati lantaran tuntutan utama ialah memastikan setiap pelakon memahami jalan cerita dan mampu menumpahkan sepenuh kecintaan dalam lakonan mereka.”Kita mahu filem ini menembusi pasaran antarabangsa,” ikrar Lakshmi Bertitik tolak pada keinginan yang menggunung ini, The Gandhi menampilkan aktor ternama Hollywood, Stephen Lang ke layar perak sebagai antara tunggak utama filem sejarah arahan Karim Traïdia and Pankaj Sehgal.Selain Lang, aktor British, Luke Pasqualino yang terkenal menerusi watak Freddie dalam drama bersiri Skins yang diterbitkan pada 2009 – 2010 akan memegang rakan seperjuangan Lang, Nagarwala dalam filem sejarah India itu.Bercerita mengenai pelakon The Gandhi , Lakshmi berkata: “Stephen Lang dan Luke Pasqualino memegang watak dua pegawai atasan polis, berdasarkan karakter sebenar.

Lang melakonkan watak Timbalan Ketua Polis, UH Rana sementara Pasqualino pula merupakan rakan seperjuangan Lang iaitu pegawai polis Mumbai, Jimmy Nagawala.”Memilih pelakon kelahiran Amerika Syarikat, Lang sebagai tunggak dalam The Gandhi , bagi Lakhsmi, aktor berkenaan memenuhi apa yang diperlukan dalam karakter berkenaan.Jelas Lakshmi, naskhah The Gandhi memerlukan seorang pelakon yang memahami lakonan dari perspektif teater selain watak berkenaan menampilkan ‘sisi gelap’.”Tidak semua pelakon boleh memegang watak sedemikian sehingga ke peringkat sempurna.

Lang seorang pelakon yang unik. dan lakonannya sungguh luar biasa,” kata Lakhsmi memuji lakonan Lang yang sebelum ini terkenal dalam filem Avatar.Naskhah The Gandhi turut menampilkan Om Puri, seorang seniman terbilang India yang memegang watak sebagai Pengarah Biro Siasatan pertama India.”Filem ini akan mengupas sekiranya Mahathma Gandhi seorang pemimpin yang penting untuk dilindungi, kenapa polis tidak berkelakuan pantas pada waktu kejadian,” tegas Lakshmi.Menjejaki semula detik-detik sebelum ketiadaan pemimpin terulung itu, naskhah The Gandhi seakan-akan memberi justifikasi bahawa pihak polis menyedari bahawa terdapat rancangan untuk beri bahaya pada nyawa Mahatma Gandhi sekitar 10 hari sebelum kejadian itu berlaku.