Mengejutkan peminat Usop kecewa dengan Usop gara gara sesuatu ini sampaikan tak tido kerana penyanyi itu. Rupa rupanya ini puncanya.

Penyanyi yang kini sedang bersaing menerusi program realiti Big Stage 2020 (BS2020), Usop berazam untuk memberikan persembahan terbaik pada malam kemuncak BS2020 yang akan berlangsung Ahad ini. Jelasnya lagi, menang atau kalah bukanlah alasan. “Kalah menang belakang cerita yang penting kita buat yang terbaik FINAL ni!! #sahabat #bigstage2020,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata penguat semangat buat pemilik nama lengkap Muhammad Saiful Naim Muhd. Noor ini. Bagaimanapun, ada juga yang turut memberikan reaksi terhadap mutu persembahannya menerusi program sama minggu. Lalu, peminat mengharapkan penyanyi kelahiran Kulim, Kedah ini akan memberikan persembahan yang terbaik di pentas akhir BS2020 nanti.

“Usop buat lah elok2 . 2 minggu saya x tengok usop menyanyi sebab kecewa usop makin merundum sedih usop dah lah astro kenakan kami letak usop last2 punya persembahan . “Kami sampai x tidoq semata2 nak tengok usop . Usop suara sedap . So all out lah . Enjoy je persembahan . xyah nak hati2 . Buat lah comeback sampai dapat markah 90 ke atas,” tulis warganet menerusi ruangan komen entri berkenaan. Selain Usop, penyanyi Fadh Majid, Azzam Shah, Dinie Rashid dan Qody Ranny antara barisan peserta yang berjaya mara ke pentas akhir. Pentas akhir Big Stage 2020 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan bersiaran langsung pada 4 Oktober depan, jam 9 malam di saluran Astro Ria serta Ria HD.

Foto: Instagram Usop

Sumber: Media Hiburan

Pernah dikritik tentang penggunaan bahasa inggerisnya ketika bercakap. Terkini Usop tunjukkan sesuatu sehingga membuka mata orang ramai dengan bakatnya itu. Ini reaksi warganet dengan persembahan Usop.


Memasuki minggu Suku Akhir Big Stage 2020 malam tadi, nampaknya kesemua peserta mula menunjukkan taring masing-masing. Konsert ini dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap Ahad, 9 malam. Malam tadi 2 peserta tersingkir iaitu Hafiz Zainal dan Nana Sheme. Biarpun begitu beberapa perserta lain turut menonjol seperti Fahd Majid, Azzam Shah dan lain-lain.

Tidak kurang hebatnya adalah persembahan dari Usop yang dinanti-nantikan sejak awal episod lagi. Kali ini Usop nyanyi lagu Inggeris dengan judul One Call Away, nyanyian asal Charlie Puth. Persembahan Usop nyanyi lagu Inggeris malam tadi sememangnya nampak cukup bertenaga. Walaubagaimanapun, nampaknya juri kurang berpuas hati dengan persembahan penyanyi berbakat ini.

Di ruangan komen, rata-rata penonton meninggalkan pendapat mereka sendiri mengenai persembahan Usop malam tadi seperti berikut. “Ucop..Ko main2 pun still suara sedaplah…Jom kita dengar sambil tutup mata”. “Dah cuba yang terbaik..Tak apa janji ada usaha”. “Suara ok tapi style dance tu yang buat tak ok…” Biarpun begitu, minggu depan Usop bakal menyanyikan lagu Lelaki Ini nyanyian asal Anuar Zain yang dipilih sendiri oleh juri. Lagu Kembali Merindu nyanyian asal Slam pula adalah untuk segmen Duominasi Platinum. Apa-apa pun harapnya, minggu depan semua peserta dapat buat yang terbaik sehingga ke minggu akhir!

SUMBER: HCL