Menteri kanan pertahanan tampil memperjelaskan lima perkara penting yang menjadi tumpuan dalam kenyataan media pada hari ini.

Seramai 456 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKP pada Khamis Hari ke 150. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam (Khamis, 5 November) menyaksikan 52,730 pemeriksaan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).Berikut adalah lima perkara penting dalam kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat, 6 November 2020.

1) Seramai 456 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKP pada Khamis.

2) Daripada jumlah itu, 455 dikompaun manakala seorang direman.

3) Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (143), penjarakan fizikal (137), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (77) dan aktivti pusat hiburan (28).

4) Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong. Turut berjaya dirampas 9 kenderaan darat.

5) Seramai 9,312 individu yang pulang dari luar negara sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 384 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.