Menyusun Peti mengikut Rak dan Fungsinya. Ini Tips Urus Peti Ais Supaya Kemas dan Bersih

Cara susunan dalam peti ais sangat memainkan peranan dalam memberi pengudaraan yang baik. Selain dari itu, ruang di dalam peti akan menjadi lebih luas dan kemas.

Pertama, pasang lapik bagi setiap ‘shelf’. Gallakan kepada pakai placemats sebab senang nak tanggalkan placemats utk pergi cuci kalau placemats tu kotor (tak payah keluarkan tray). Pilih placemats yang transparent bukan yang gelap sebab yang gelap menghalang cahaya dari tembus hingga ke shelf paling bawah. Kalau gelap sangat peti ais tu tak nampak apa yang kita isi harta dekat shelf bawah dan kawasan belakang-belakang.

Kedua, pilih bekas empat segi. Untuk setiap container, jika ada, pilih bekas bertapak empat segi dari berbentuk bulat. Jimat ruang dan lebih kemas (dari segi visual). tentukan setiap shelf nak letak label apa. labelkan bagi memudahkan kita mencari. Buat pengkhususan setiap shelf untuk letak apa. Sebagai pilihan labelkan (guna masking tape) Shelf Pertama (Paste): Untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bawang putih + halia) letak di shelf paling atas, senang nak ambil sebab ni barang dalam peti ais yang selalu keluar masuk. So letak paling atas senang nak ambil.

Shelf kedua (today)Ni bahagian untuk letak protein yang akan dimasak untuk “hari ini”. Sebelum keluar pergi kerja pagi-pagi atau sebelum tidur, protein akan diturunkan dari bahagian freezer ke bahagian chiller dan letak kat sini. Shelf kedua (leftover): Ni bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas kukusan. Sebab nak panaskan nanti senang. Seeloknya kalau simpan lauk tu kat bahagian chiller, kena makan lauk tu dalam masa tiga hari. Kalau agak-agak nak simpan lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bahagian freezer.

Shelf ketiga (dry food): Ni bahagian untuk letak makanan kering macam simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, tiada masalah. Shelf keempat (sayur): Untuk letak sayur yang guna kan teknik rendaman dan daun-daun (kari, limau, kunyit, kesum). Vegetables drawerTempat letak sayur yang dimasukkn dalam ziplock bag. Pastikan sayur dalam ziplock bag tak dihimpap dengan sayur lebih berat atau besar.

Kredit: Hani Mynis