Michael Ang diselar warganet apabila tayang ibadah solat pada umum buat ramai tak keruan. Dia tampil bersuara dedah punca dia berlakuan sedemikian buat ramai hormat akan pendiriannya yang satu ini

Penerbit, pengarah dan pelakon, Michael Ang menyatakan dia tidak berniat untuk menunjuk kebaikan yang dilakukannya iaitu bersolat. Menurut Michael, dia cuma berharap agar orang ramai tidak mempunyai persepsi yang tidak baik terhadap orang industri seni dalam menunaikan tuntutan wajib. “Pada korang yang selalu anggap kita orang dalam industri ni bukan-bukan jangan la cepat jatuhkan sesuatu hukum. Iman setiap manusia ada antara dia dengan Allah.  “Sayang anda semua dan selamat! Bukan nak menunjuk saya rasa sangat tenang dan ini adalah catatan terakhir saya mengenai perkara ini!” tulisnya di Instagram (IG).

Penerbit, pengarah dan pelakon, Michael Ang menyatakan dia tidak berniat untuk menunjuk kebaikan yang dilakukannya iaitu bersolat.Menurut Michael, dia cuma berharap agar orang ramai tidak mempunyai perspepsi yang tidak baik terhadap orang industri seni dalam menunaikan tuntutan wajib. “Pada korang yang selalu anggap kita orang dalam industri ni bukan-bukan jangan la cepat menghukum. Iman setiap manusia ada antara dia dengan Allah.  “Sayang anda semua dan selamat! Bukan nak menunjuk saya rasa sangat tenang dan ini adalah catatan terakhir saya mengenai perkara ini!” tulisnya di Instagram (IG).

Michael Ang berang

Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyifatkan syarikat produksi yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan apabila meneruskan penggambaran mementingkan diri dan tiada akal. Pemilik syarikat Cube Film Sdn Bhd itu meluahkan rasa berang beberapa hari lalu di laman Instagram (IG) berikutan terkilan dengan beberapa syarikat produksi tidak mendengar arahan dengan perintah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Michael berkata, dia tidak faham dengan sikap sambil lewa sesetengah syarikat produksi yang tidak memandang serius arahan kerajaan, sedangkan ia boleh memberi kesan pada nyawa pelakon dan kru.

“Kenapa sukar mahu mematuhi arahan kerajaan? Saya buat rakaman video kerana terkejut mendapat tahu beberapa penggambaran masih diteruskan ketika wabak COVID-19 dalam keadaan membimbangkan. “Syarikat produksi ini disifatkan tak bertanggungjawab dan tiada otak! Kenapa perlu terburu-buru menyiapkan penggambaran, sedangkan stesen televisyen seperti Astro mengeluarkan arahan meminta menghentikan penggambaran. Malah, Astro bersedia menganjakkan tarikh tayangan kerana memahami situasi melanda negara.

“Saya tidak tahu stesen lain, mungkin penerbit yang masih menjalani penggambaran takut tidak patuh akan kontrak. Tetapi, tidakkah keselamatan pelakon dan kru perlu diberikan keutamaan. “Ini kerana tidak kurang 30 kru dan pelakon yang terbabit setiap penggambaran. Jika salah seorang dijangkiti COVID-19, tidakkah ia akan menyusahkan orang lain,” katanya kepada BH Online. Pengarah drama Suri Hati Mr Pilot dan Sweet Dreams itu berkata, usaha kerajaan membanteras COVID-19 yang kini membabitkan lebih 1300 kes positif akan menemui jalan buntu sekiranya produksi terus bersikap ‘keras kepala’.

“Saya percaya tempoh dua minggu tidak mampu menghilangkan COVID-19 sepenuhnya. Tetapi, jika masyarakat memberikan kerjasama mengikut perintah kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengelakkan virus itu terus tersebar. “Adakah mahu melihat perlakuan keras diambil kerajaan dan tempoh ini dilanjutkan lebih lama? Lebih baik menanggung kerugian sekarang daripada terpaksa menanggung lebih lama, jika masih tak mahu mengikut perintah dan ingkar arahan untuk keluar rumah,” katanya. Katanya, dia sepatutnya memulakan penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa pada hari pertama arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasa, tetapi dia tidak mahu menyusahkan orang lain.

“Syarikat produksi yang ingkar elok dihantar kelas pengajian moral bagi menyedarkan mereka. Tidak perlu memberikan alasan terpaksa menanggung kerugian akibat membayar sewa alatan penggambaran. “Apa nak susah, pulangkan sahaja alatan penggambaran. Apabila mahu pakai, sewa kembali. Dalam keadaan sekarang, semua orang faham wabak yang melanda negara,” katanya.

“Terasa Kenapa? Aku Berkata tak baik ke?” – Michael Ang Bidas Kenyataan Fikry Ibrahim

Pengarah Michael Ang membidas kenyataan Fikry Ibrahim mengenai pernyataan menjejaskan reputasi dan kredibilinya sebagai pelakon. Menerusi akaun Instagramnya, Michael juga dedahkan perangai sebenar Fikry selepas aktor itu membuat kenyataan berkaitan dengan seorang pengarah dalam sebuah program hari ini. fikry ibrahim Sila hadam Ini! meloditv3 boleh guna ni untuk response I! Semua orang tahu kalau aku nak sembur orang aku akan mention nama tak ada maknanya aku nak sembunyi! “Oh yes satu lagi lupa cakap dari mula nama mu tak ada pun list pelakon yang I nak. Station yang nak walaupun I dah cakap kalau boleh I tak nak guna you selepas mengenali perangai you masa shoot Rahsia Hati Perempuan dan tahu apa you buat kat set Akasia.

“Tapi station nak sangat I offer you. Kalau ikut logik bila you tak boleh buat I should be happy! Sekian terima kasih dan pada 2 -3 orang yang dm aku nak defend idola you all. Sila tengok video ni dan hadamkan jugak! Luv u all stay safe,” tulisnya. Menerusi video itu juga Michael turut menjelaskan mengenai pembayaran harga lakonan. “Alah Fikry cakap jelah nama aku. Aku kan orang tu, memang aku pun. Yang kau terasa aku cakap virus FI tu kau ke? Kau bacalah tu ada ke orang teka kau?

“Kalau korang semua nak tahu senang je, ya memang aku offer dia. Waktu aku offer dia, dia kata okay. Dia cuma cakap dia ada Keluarga Badon, 13 episod dan shot lebih kurang 10 hari je. “Mungkin salah aku sebab aku tak deal harga. Tapi itu memang kebiasannya, tanyalah semua artis yang pernah kerja dengan aku. Kau pun pernah kerja dengan aku. Kau tanyalah manager kau tu. “Kadang-kadang bila dah masuk set baru aku deal harga tapi aku tak pernah kurang, aku tak pernah rasa ada artis yang kata aku bayar dorang kurang. Tu kisah sebenarnya.

“Dan kata aku berkata sesuatu mengenai kau, aku cakap apa? Aku cakap dengan orang station yang kau mula-mula 10 hari lepas tu kau ada drama sebab itu kau tak nak buat. Jadi aku rasa macam tu. Tapi mereka ada tanya betul ke sebab tu? “Kemudian aku cakaplah mungkin bukan, mungkin sebab hero dia adalah Yusuf Bahrin, you tak nak sebab dia adalah satu management yang you dulu pernah berada dalam tu. I cakap tu je. I kata mungkin, I tak kata ya ke tak,” jelasnya.