Miera Leyana biar warganet terus berteka teki mengenai isu dia dimadukan oleh suaminya masih kekal misteri. Dia nekad sorok status sebenar pada umum sebab yang ini buat ramai tertanya tanya

Pelakon Miera Leyana masih menggantung persoalan warganet mengenai desas-desus statusnya yang dikatakan sebagai isteri kedua kepada usahawan Rosland Othman. Kata Miera, 27, isu poligami tidak sepatutnya menjadi perkara negatif dan ia sama sekali tidak menyalahi undang-undang. “Saya tak kisah orang nak gelar saya isteri pertama, kedua atau ketiga pun. Cuma saya tak faham kenapa rakyat Malaysia menganggap isu poligami itu tak okey.

“Kalau saya isteri kedua atau ketiga pun saya tak rasa saya buat salah sebab kami tak kahwin sorok-sorok! Saya buat majlis besar-besaran dan jemput orang ramai termasuk rakan media. “Tiada apa yang perlu disembunyikan. Kalau saya salah, lebih baik saya dan suami nikah di Thailand senyap-senyap, tak perlu membazir duit ibu bapa saya,” katanya kepada Gempak.

Miera sebelum ini terpalit dengan kenyataan pihak tertentu yang mengatakan dirinya merupakan isteri kedua kepada Rosland selepas mereka selamat diijabkabulkan. Justeru, Miera hanya membiarkan warganet bermain dengan spekulasi sendiri mengenai status dirinya tanpa perlu bersuara berlebih-lebihan. “Saya tak mahu mengiyakan atau menidakkan sebab saya tak mahu panjangkan isu itu. Apa orang nak kata, saya tak kisah sebab saya tak boleh nak tutup mulut mereka.

“Lagipun, kami sudah selamat berkahwin. Lebih baik doakan yang baik-baik saja… “Sepatutnya selepas berkahwin, saya boleh hidup bahagia dan lalui hari yang indah-indah tetapi ini pula jadinya. “Apa yang saya nak betulkan adalah kebanyakan orang cakap saya dengan suami kahwin atas dasar hubungan syarikat keluarga, kahwin sebab diminta bapa, Roslan anak tujuh dan 10, semua tu tak betul,” tambahnya yang akui tertekan. Miera dan Rosland berkenalan sejak empat tahun lalu dan telah selamat bernikah pada 26 Julai lalu di St. Regis Kuala Lumpur. Sementara itu, majlis resepsi Miera dan Rosland diraikan penuh meriah malam tadi di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur dan disaksikan oleh ramai rakan selebriti antaranya Emma Maembong, Nelydia Senrose, Ayda Jebat dan ramai lagi.-Gempak

Miera Leyana tak kisah hidup bermadu – “Kalau betul pun, bukan saya buat salah”

Pelakon  Miera Leyana mahu waganet terus berteka-teki mengenai status perkahwinannya bersama usahawan Rosland Othman yang dikatakan sebagai isteri kedua. Menurut Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Datuk Seri Kasmi, 27, dia berasa hairan dengan tanggapan warganet terhadap poligami sedangkan ia bukan satu isu besar atau menyalahi undang-undang. “Saya tak kisah sekiranya ada pihak nak menggelarkan saya isteri kedua atau ketiga. Saya tak faham kenapa rakyat Malaysia menganggap isu poligami itu tak okey dan anggap ia satu isu yang besar. “Kalau saya isteri kedua atau ketiga pun, saya tak rasa yang saya buat salah sebab kami bukan kahwin secara rahsia. Saya buat majlis besar-besaran dan jemput ramai orang termasuk media.

Orang nak kata apa, saya tak kisah sebab saya tak boleh nak tutup mulut mereka

“Tak ada apa pun yang nak disorokkan. Kalau saya salah, lebih baik saya nikah di Thailand senyap-senyap dan buat apa keluarga saya berhabis duit adakan majlis kahwin, ” kata Miera kepada mStar. Sebelum ini, belum sempat 24 jam bergelar suami isteri, dunia hiburan dikejutkan dengan satu video yang dimuat naik menerusi YouTube yang dedahkan Miera menjalani kehidupan bermadu.

Miera dan suaminya Rosland, 47, ditemui dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu, malam. Majlis resepsi bak kayangan itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti antaranya Emma Maembong, Nelydia Senrose, Liza Abdullah, Ayda Jebat dan ramai lagi. Malam yang penuh bermakna itu juga dimeriahkan dengan persembahan daripada Liza Hanim, Azlan & The Typewritter, Hazama dan Noryn Aziz.

Dalam pada itu, pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya  itu memilih untuk membiarkan sahaja spekulasi warganet mengenai status sebenar dirinya. “Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan sebab saya tak nak memanjangkan isu tersebut. Orang nak kata apa, saya tak kisah sebab saya tak boleh nak tutup mulut mereka. “Lagipun, kami berdua dah selamat bernikah. Jadi, doakan yang baik-baik sahaja. Memang akan tertekan dengan semua spekulasi tersebut. Sepatutnya selepas kahwin, semuanya indah tapi begini pula jadi,” ujarnya. Miera dan Rosland yang berkenalan sejak empat tahun lalu disatukan sebagai suami isteri pada 26 Julai lalu di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.-Mstar