MK dedah sanggup buat ini pada Nabila Razali agar terus raih populariti ramai terus jadi bualan warganet. Dia nekad buka mulut mengenai penyanyi tersebut pada pengetahuan umum jadi perhatian

Peminat MK daripada kumpulan K-Clique bersama dengan peminat Nabila Razali pastinya adalah gabungan yang sangat besar. Bayangkan hanya dalam tempoh tiga hari, video klip lagu Peluang Kedua Nabila Razali ft MK mencecah hampir tiga juta tontonan. Rata-rata peminat juga menyatakan mereka begitu seronok melihat lakonan MK di dalam klip video tersebut yang ternyata bersahaja dan mampu membuatkan mereka terpegun. Dalam satu entri di Instagram miliknya, MK ternyata berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepadanya apabila turut sama dalam lagu yang cukup berhantu itu. “Bismillah. Alhamdulillah. MK verse on Peluang Kedua M/V.LIRIK : Hamdan & Zamree. Bimbingan dan bantuan sepenuhnya dari abang saya Azree atau Tuju dalam kawalan dan arah suara, dan juga bantuan dari Mingaling atau Dr.

“Sokongan sepenuhnya dari keluarga, , Nabila Razali & Nabila Razali Entertainment, setiap individu yg terlibat dalam rakaman mv ini dan kamu yang menyokong. MK begitu berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan video muzik Peluang Kedua itu yang banyak membimbingnya sepanjang proses penggambaran. “Terima kasih untuk pengalaman dan terima kasih sepenuhnya untuk setiap individu dan crew yg terlibat dalam membantu saya dan membimbing sepanjang proses penggambaran M/V Peluang Kedua ni. In syaa Allah, untuk yg akan datang lagi dan terus kedepan,” tulis MK lagi.MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin antara penyanyi rap yang sedang meningkat naik dan kumpulan K-Clique sendiri merupakan kumpulan rap yang sering menjadi perhatian ramai dalam industri muzik tanah air.-Gempak

This image has an empty alt attribute; its file name is 162DC226-745E-4CDB-B501-DA593DA54F4D-300x257.jpeg

‘Bukan aku laaa’ – MK K-Clique

Penyanyi rap juga anggota K-Clique, MK terkilan apabila ada pihak cuba menjejaskan namanya dengan mereka perbualan palsu menerusi aplikasi WhatsApp dan menyamar sebagai dirinya. MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Amdan, 23, memaklumkan perbualan itu tidak pernah wujud dan dia mencabar individu berkenaan untuk dedahkan nombor telefonnya. “Ini bukan WhatsApp aku dan perbualan ini tidak pernah wujud. Orang yang ada WhatsApp aku tahu aku macam mana.

Yang tahu aku, akan tahu aku tak akan pernah mahu cakap benda-benda kurang cerdik begini. Tapi terima kasih atas usaha nak jatuhkan aku. “Kalau betul ini saya, saya benarkan dia untuk tunjuk nombor di sebalik nama MK di gambar WhatsApp itu. Keluarkan nombor,” katanya merujuk kepada tangkap skrin mengenai perbualan berkenaan. Penyanyi BossKu dan Mimpi itu turut mencabar individu berkenaan untuk berjumpanya sendiri jika benar tidak sukakan dirinya. “Dan untuk orang yang mereka benda ini, aku doakan kau murah rezeki. Kalau betul tak suka saya boleh DM (mesej peribadi) aku. “Boleh jumpa cakap dengan aku. Tak payah mahu guna cara tak baik begini,” kata penyanyi kelahiran Tawau, Sabah itu.-Harian Metro

This image has an empty alt attribute; its file name is 8e02e4e539ae56968b4fe22c87313225-300x300.jpg

MK dedahkan perkara itu menerusi Instagram Story di mana dia turut menyertakan bukti tangkap skrin perbualan WhatsApp berkenaan. Dalam perbualan terbabit, individu yang menyamar sebagai dirinya mengata dan menyifatkan penonton di Keningau, Sabah sebagai seperti keanak anakan pada sebuah persembahan dijayakannya, baru-baru ini.

Ini Keputusan SPM MK K-Clique Yang Buat Ramai Terkedu

Pengaruh MK daripada kumpulan hip hop K-Clique, dalam dunia rap sememangnya tidak mampu disangkal lagi.Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau nama popularnya, MK, anak kelahiran Tawau, Sabah ini membuatkan ramai terpegun dengan fenomena yang telah dikecapinya hingga turut melonjakkan perkembangan muzik hip hop semasa. Berdasarkan keputusan SPM diperoleh, sebagaimana yang dedahkan beliau dalam program terbitan Astro, Trek Selebriti, membuktikan beliau juga bukan sahaja berbakat, malah bijak dalam pelajaran.

Keputusan SPM MK adalah3A 5B. Bukan senang untuk mendapat keputusan sebegitu. Difahamkan, penyanyi lagu Mimpi itu telah menyambung pelajaran dalam jurusan pengajian perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kota Kinabalu, Sabah dan kini mempunyai kelulusan dalam bidang terbabit.-Iluminasi.com