Muka adalah perkara utama bagi sesetengah orang mahupun lelaki atau perempuan. Tapi ingat alat solek pun tetap ada tarikh luput.

Tempoh luput sesuatu barangan solekan itu juga bergantung kepada beberapa faktor termasuklah;

1. Selepas dibuka

Alat kosmetik yang masih belum dibuka dan diformulasikan dengan baik lebih cenderung untuk bertahan selama beberapa tahun dalam suhu bilik. Bagaimanapun selepas ia dibuka, kandungan di dalamnya akan mula mengalamai proses pengoksidaan kerana terdedah kepada udara yang lembap.

Alat solek perlu disimpan dengan baik agar tidak mudah rosak.

2. Tempat simpanan

Suhu panas dan udara lembab boleh meningkatkan pertumbuhan kulat dan bakteria. Jadi, elakkan menyimpan kosmetik di dalam bilik air atau tempat yang mempunyai kelembapan tinggi, berwap dan panas. Simpan alat solekan anda dalam ruang udara nyaman dan kering.

3. Kandungan SPF

Produk mengandungi SPF tidak akan melindungi kulit secara maksimum selepas produk itu dibuka selepas enam bulan. Sebaik-baiknya, gantikan dengan yang baharu.

4. Produk berasaskan air

Produk berasaskan serbuk seperti bedak mengandungi lebih sedikit air berbanding kosmetik dalam bentuk cecair. Ia cenderung lebih mudah rosak.

Pengantin Ini Ada Sesuatu Bekas Di Mukanya Tapi Dengan Kuasa Mekap Boleh Ubah Segalanya. Sekali Ini Jawapan Suaminya Bila Bertanyakan Soal Bekas Di Mukanya Itu.

Wajah Nadhrah yang disolek menyerlahkan kecantikannya, sungguhpun berparut akibat kejadian yang tak diingini. Cinta kepada paras rupa bukanlah jaminan kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga. Namun sudah jadi lumrah masa kini, apabila memilih pasangan wajah yang kacak atau jelita juga menjadi keutamaan bagi kebanyakan orang.

Bagaimanapun masih wujud insan yang lebih melihat kepada hati budi pasangan dan tidak menjadikan paras rupa sebagai kriteria utama dalam menjalinkan hubungan. Begitulah kisah Siti Nadhrah Atika Salaman yang amat bersyukur dipertemukan jodoh walaupun cac4t sebelah mata selepas terbabit dalam kejadian jalan raya, 10 tahun lalu.

Nadhrah bersama suami di hari bahagia mereka.

Wanita berusia 25 tahun ini mula menjadi perhatian ramai apabila foto-foto yang memaparkan wajahnya disolek cantik pada hari perkahwinan, 26 Disember lalu, dikongsi oleh seorang jurusolek. “Kesian pengantin ini pernah mengalami kejadian 10 tahun lepas yang mengakibatkan cedera mata sebelah kanan, kening dan muka tetapi pengantin ini memang cantik sangat walaupun tanpa mekap,” tulis jurusolek berkenaan pada postingnya yang tular. Siti Nadhrah Atika atau lebih senang disapa Nadhrah berkata pada mulanya dia langsung tidak tahu foto-foto itu tular, tetapi berasa lega apabila hanya komen positif dan pujian yang ditinggalkan di ruangan komen. Terkejut saya banyak pula yang komen sampai ada yang samakan mekap saya macam mekap Ayda Jebat masa kahwin. Saya akad nikah pada 6 Disember, foto itu adalah mekap masa majlis perkahwinan saya yang dilangsungkan di Johor Bahru, Johor baru-baru ni,” katanya ketika dihubungi mStar.

Kisah tragis berdepan kejadian pada tahun 2011 ketika Nadhrah berusia 15 tahun.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Nadhrah memberitahu ketika berusia 15 tahun dia dan abangnya terbabit dalam satu kejadian jalan raya berhampiran rumah keluarganya di Kampung Ladang Darat, Johor Bahru, Johor. Akibat kejadian itu, mata di sebelah kanannya cedera parah dan tidak lagi berfungsi selain turut meninggalkan bekas.

“Masa tu abang saya yang memandu kereta. Serpihan kaca masuk dalam dua-dua belah mata… kelopak mata sebelah kiri terkoyak tapi tak kena biji mata, malangnya serpihan terkena mata sebelah kanan.

Dia cakap langsung tak malu sebab dia tahu hati budi saya lebih dari segalanya.

“Mujur mata sebelah kiri boleh diselamatkan lagi, saya bersyukur sangat masa tu walaupun hanya Allah je tahu betapa sedihnya saya,” jelasnya. Nadhrah yang kini tinggal bersama suaminya, Muhamad Farid Mohsan, 27, di Klang berkata usia perkenalan mereka genap setahun pada hari perkahwinan dilangsungkan. Kami kenal dekat tempat kerja Disember 2019, Ogos tahun lepas bertunang dan terus akad nikah pada Disember. Saya yang mula dulu mengorat suami. Masa tu memang tahu tak akan dapat sebab sedar kekurangan diri. Tak sangka tak lama lepas tu suami bagi respons baik dan kami terus rancang kahwin,” ujarnya yang bekerja sebagai Pentadabir Sumber Manusia di Seri Kembangan, Selangor.

Nadhrah bersyukur kerana suami Muhamad Farid Manson, menerima dirinya seadanya.

Menurut Nadhrah dia juga pernah bercakap mengenai kekurangan wajahnya dengan suami dan bersyukur apabila suaminya menerima segala kekurangannya. “Saya pernah tanya suami, ‘awak tak malu ke keluar dengan saya muka saya macam ni?’ Dia cakap langsung tak malu sebab dia tahu hati budi saya lebih dari segalanya, ” kata Nadhrah.