Mulanya hanya sekadar suka suka jual barang di Malaysia di platform e dagang popular ini seperti serangga tikus ,super ring tapi ini sambutan sebaliknya diterima di luar negara. Usahawan dedah angka gaji pada umum buat ramai tercengang

Ketika ramai yang hilang arah kerana buntu fikir mengenai mata pencarian gara-gara kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak pertengahan Mac lalu, wanita ini bersyukur kerana masih berpeluang menjana sumber pendapatan secara dalam talian (online). Jika sebelum ini Adilah ibrahim menjana pendapatan sebagai seorang peniaga dalam talian yang berjualan menerusi platform eBay, kini dia mula melebarkan sayap. Di samping menjual e-book yang menyediakan panduan lengkap untuk mereka yang ingin belajar berniaga di platform eBay, kini ‘skop kerja’ Adilah lebih besar apabila dia membuka kelas secara dalam talian bagi membantu suri rumah yang ingin menjana pendapatan.

Mstar sebelum ini pernah memaparkan kisah Adilah yang sering mendapat pesanan barang ‘rare’ daripada pembeli luar negara menerusi platform dalam talian itu. “Sebenarnya, selepas artikel mengenai saya keluar di mStar, tak sangka pengikut di laman sosial juga bertambah. Bukan sahaja Melayu, Cina dan India, malah ada juga orang Brunei dan Singapura. “Nak dijadikan cerita, ada beberapa portal media juga memetik kisah saya dari mStar, jadi secara tak langsung membantu saya lebih dikenali.

“Paling bersyukur, selepas artikel di mStar tersiar, jualan e-book saya ‘meletup’,” kata wanita yang mula berkecimpung dan fokus dalam eBay sejak setahun lalu itu. Bercerita lebih lanjut, Adilah berkata dia kemudian turut menerima jemputan untuk menganjurkan kelas bagi mengajar individu yang berminat berkecimpung sebagai peniaga eBay.

Saya dulu ada ‘cikgu’ yang tolong, sekarang ini giliran saya pula berkongsi dengan orang lain

“Namun tak kesampaian apabila kerajaan umumkan PKP. Tapi saya tak duduk saja. Sesuai dengan musim PKP yang tak boleh ke mana-mana, saya buka kelas menerusi dalam talian. “Kelas itu saya buat setiap sekali seminggu khusus untuk mereka yang membeli e-book daripada saya. Saya mahu orang yang beli e-book itu dapat sesuatu. “Saya dulu ada ‘cikgu’ yang tolong, sekarang ini giliran saya pula berkongsi dengan orang lain,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Masih menerima pesanan yang boleh tahan kencangnya sewaktu PKP, Adilah berkata barangan ‘rare’ tetap menjadi pilihan pelanggan dari luar negara. “Seperti sebelum ini, ubat nyamuk tetap menjadi antara barang yang mendapat permintaan tertinggi khususnya dari Finland. Saya pun tak tahu kenapa. “Selain itu, ada ramai pelanggan pesan serangga tikus, ragi tempe dan juga acuan buat kuih tart. Kebanyakan pelanggan dari Amerika Syarikat,”ujarnya. Adilah ligat menurunkan ilmu secara dalam talian kepada mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan online.

Bercerita mengenai perkembangan terbaharu, Adilah dan pasukannya kini sedang membangunkan satu projek iaitu ‘jana lima angka dalam 30 hari’ khusus untuk membantu individu yang serius mahu menjana sumber pendapatan mereka. “Projek ini hanya dari rumah saja dan sangat sesuai untuk para suri rumah ataupun students. Jadi kita akan guide mereka yang benar-benar serius untuk jana pendapatan hingga lima angka. “Bagi yang berminat, boleh follow FB saya Adilah Ibrahim dan sertai grup Telegram saya,” ujarnya.

Hampir setahun jual barang di eBay, macam-macam order dapat… paling win ramai di Finland nak ubat nyamuk! – “Pernah terfikir, banyak sangat ke nyamuk di sana?”

Siapa sangka, keropok ‘Super Ring’ merupakan antara barang yang mendapat permintaan tinggi daripada rakyat di luar negara! Bunyinya seperti lucu, tapi itulah hakikatnya. Perkara itu didedahkan oleh seorang peniaga dalam talian (online) yang berjualan barangan menerusi platform eBay. Wanita bernama Rabiatul Adilah Ibrahim ini berkata makanan ringan tersebut secara tiba-tiba mendapat permintaan tinggi daripada pembeli di luar negara sejak minggu lalu.

“Sejak menjalankan perniagaan menerusi platform eBay hampir setahun lalu, saya dapat permintaan daripada rakyat luar negara khususnya Amerika Syarikat untuk membeli barang yang langsung tak terfikir dek akal. “Contohnya, paling terbaharu, saya dapat permintaan tinggi untuk jajan Super Ring. Pelik juga sebenarnya. “Permintaan itu memang banyak datang dari Amerika Syarikat sebab saya jual di eBay. Bayangkan, jajan yang berharga RM 1.60 di sini mampu dijual sehingga mencecah AS$12 dolar di sana,” ujarnya yang lebih dikenali sebagai Adilah.

Keropok Super Ring mendapat permintaan tinggi daripada pembeli dari luar negara. Berkongsi lebih lanjut mengenai pengalamannya sebagai peniaga dalam talian itu, surirumah yang juga ibu kepada tiga anak ini berkata dia pernah menerima permintaan daripada warga negara Uncle Sam itu yang mahu membeli daun pandan. “Pada mulanya ingat ada orang Malaysia yang tinggal di sana nak beli daun pandan sebab nak buat nasi lemak. “Tapi bila lihat namanya, rupa-rupanya mat salih pula. Tapi tak hairanlah sebab daun pandan baunya wangi. Saya fikir mereka mungkin membelinya untuk dibuat pot pouri atau di sini kita panggil bunga rampai. “Mungkin juga digunakan dalam masakan. Cuma kini saya sudah tidak menjual daun pandan sebab ia rupa-rupanya termasuk dalam kategori life plant yang dilarang untuk dijual. Selepas tahu, memang tak jual dah,” kata wanita berusia 40 tahun ini lagi. _Mstar