MV peluang kedua raih tontonan tertinggi dalam sehari jadi perbulan ramai sebab penampilan MK Clique sebagai hero punca laris di youtube. Nabila Razali respon sesuatu yang ramai tak tahu mengenai MK Clique

Penyanyi Nabila Razali bersyukur apabila muzik video (MV) Peluang Kedua mencecah 1 juta tontonan di YouTube selepas sehari dilancarkan. Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata, ia satu pencapaian yang sangat bermakna dalam kerjaya seninya sebagai seorang anak seni. “Alhamdulillah, saya terharu kerana muzik video Peluang Kedua yang dimuat naik pada Selasa lalu mencapai 1 juta tontonan dalam tempoh singkat.

“Ia mengulangi kejayaan Pematah Hati pada tahun 2017 lalu. Mungkin ia biasa bagi orang lain tapi ia satu kejayaan besar buat saya! “Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sebelum ini lirik video yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan” ujarnya. Lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini dan MFMF ini turut menampilkan penyanyi rap MK K-Clique sebagai hero dan juga rakan duet untuk lagu baharu ini.

“Ia mengulangi kejayaan Pematah Hati pada tahun 2017 lalu. Mungkin ia biasa bagi orang lain tapi ia satu kejayaan besar buat saya! “Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sebelum ini lirik video yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan” ujarnya. Lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini dan MFMF ini turut menampilkan penyanyi rap MK K-Clique sebagai hero dan juga rakan duet untuk lagu baharu ini. “Selain kami juga, orang-orang kuat di belakang tabir patut diberikan ucapan tahniah kerana kejayaan ini. “Bayangkan banyak dugaan yang kami lalui ketika proses penggambaran terutamanya bermain dengan cuaca yang ketika itu musim hujan dan sejuk di Cameron Highlands, ” ujarnya. Lagu Peluang Kedua versi baharu ini juga boleh didapati di semua pelantar strim bermula Jumaat ini.

Dikata tak profesional, Nabila Razali buka ruang berbincang

Penyanyi Nabila Razali membuka ruang untuk berbincang sekiranya ada pihak mendapati dia tidak bersikap profesional. Katanya, sebagai orang yang dikenali ramai sudah menjadi kebiasaan untuk dia untuk memberikan komitmen penuh terhadap sesuatu tugasan meskipun jika dia dipanggil pada saat-saat akhir. Justeru, menurut pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd Razali itu, sekiranya timbul sesuatu kejadian yang tidak memuaskan hati segelintir pihak yang membawa mulut, perkara itu sebaik-baiknya diselesaikan secara baik antara kedua-dua pihak.

“Sekiranya ada masalah, usah dijadikan bahan bercerita untuk orang ramai. Saya akui mungkin ketika itu ada yang terlepas pandang. “Agenda dirancang dibatal pada saya akhir namun saya dipanggil semula. Jadi, saya tetap hadir dengan niat untuk menjalankan tugas-tugas promosi tersebut. “Bagi saya, hal ni bukan isu besar sebab saya tetap beri komitmen pada saat akhir,” katanya. Nabila ditemui pada majlis pelancaran klip video rasmi Peluang Kedua di Universal Malaysia di Petaling Jaya hari ini.

Tak besar kepala

Video muzik berkenaan turut menyaksikan kolaborasi dia dengan penyanyi rap MK dari kumpulan rap K-Clique dalam versi baru tersebut. Terdahulu, walapunpun tiada nama disebut secara khusus, penyanyi Pematah Hati itu dikaitkan dalam ruangan gosip sebuah stesen radio sebagai tidak profesional. Enggan mengeruhkan keadaan, Nabila, 27, memohon maaf sekiranya kejadian yang terjadi itu melukakan hati mana-mana pihak. “Saya Nabila Razali minta maaf. Insya-Allah perkara seperti ni tak akan berlaku lagi,” katanya. Pada masa sama, Nabila turut menafikan kenyataan dia sudah mula besar kepala. “Sekiranya besar kepala saya tak jemput wartawan untuk sidang media ini sebaliknya baik adakan conference call saja. “Tapi tidak, saya masih lagi ada di sini dan beramah mesra dengan semua wartawan,” katanya.

Nabila Razali akui MK jadi ‘pelaris’ MV Peluang Kedua, cecah 1 juta tontonan sehari – “Saya percaya dia jadi faktor orang tonton berulang kali”

Penyanyi  Nabila Razali berkongsi rasa syukur dan terharu apabila video muzik Peluang Kedua mencapai satu juta tontonan dalam tempoh sehari dimuat naik di YouTube, sekaligus mengulangi rekod single hitnya Pematah Hati. Nabila atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata ia pencapaian yang sangat bermakna dalam kerjaya seninya sebagai seorang anak seni. Nabila atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata ia pencapaian yang sangat bermakna dalam kerjaya seninya sebagai seorang anak seni.

“Alhamdulillah, saya terharu kerana video muzik Peluang Kedua yang dimuat naik pada Selasa mencapai sejuta tontonan dalam tempoh singkat “Ia mengulangi kejayaan Pematah Hati pada tahun 2017 lalu. Mungkin ia biasa bagi orang lain tapi ia satu kejayaan besar buat saya. “Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sebelum ini video lirik yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan” katanya.

Lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini dan MFMF ini turut menampilkan penyanyi rap MK daripada kumpulan K-Clique sebagai hero dan juga rakan duet. Dalam pada itu, Nabila juga tidak menolak sambutan hangat lagu berkenaan disebabkan MK yang sememangnya menjadi kegilaan para wanita. “Sudah tentu kredit bukan pada saya seorang kerana saya percaya MK juga menjadi faktor untuk orang ramai tonton video muzik ini berulang kali.

“Dia juga memberikan kerjasama dalam mempromosikan lagu tersebut sejak dimuat naik semalam, ” ujarnya. Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada pihak produksi Ghzmsn Studio dan pengarah Lily Samsuddin yang bertanggungjawab menghasilkan kualiti video terbaik. “Bayangkan banyak dugaan yang kami lalui ketika proses penggambaran terutamanya bermain dengan cuaca yang ketika itu hujan dan sejuk di Cameron Highlands, ” ujarnya. Lagu Peluang Kedua versi baharu ini boleh didapati di semua pelantar strim bermula Jumaat.