Nabila lantang bersuara fasal hak penjagaan anak buat ramai terkedu akan perlakuannya itu. Dia bongkar sesuatu fasal ini jadi perhatian ramai tular di media sosial

Biarpun tidak meneruskan perkahwinan, usahawan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami, pelakon Sharnaaz Ahmad tidak berseteru dalam hal penjagaan anak tunggal mereka, Jebat Jayden. Ketika diminta untuk memberikan pesanan kepada pasangan yang tidak mempunyai persefahaman dan merebut hak penjagaan anak, kakak kepada pengacara popular Neelofa ini mempunyai pandangan tersendiri. “Bila sudah berpisah, anak menjadi keutamaan. Semuanya berkenaan dengan anak, bukan sebab diri sendiri.

“Anak merupakan tanggungjawab dan amanah yang Allah berikan. Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan hak dia sebagai seorang anak. “Hak anak kena ada kasih sayang daripada ibu dan bapa. Jadi, kedua-duanya harus bekerjasama biarpun tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan. Kalau kita menidakkan hak anak, kita berdosa,” katanya. Tambah Nabila yang kini selesa menjalani hidup sebagai ibu tunggal, dia banyak belajar dari episod perpisahan hyang penuh pilu yang dilalui sebelum ini. “Apa yang saya belajar ialah perkahwinan memerlukan dua orang yang mahu ikatan itu kekal.

“Usaha itu datang daripada dua belah pihak, suami dan isteri. Jika satu pihak sahaja, ia tidak okay,” katanya lagi. Nabila dan Sharnaaz sah berpisah pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.

Neelofa kagum profesionalisme Sharnaaz, Nabila

Neelofa kagum dengan sikap profesional kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor dan pelakon, Sharnaaz Ahmad dalam berdepan perpisahan dan membesarkan putera tersayang. Neelofa berkata, sikap mereka wajar menjadi contoh kepada pasangan yang mengalami situasi sama. “Tiada banyak yang saya mahu komen mengenai perpisahan mereka. Tetapi apa yang boleh saya kongsi, saya kagum hubungan Sharnaaz dan Nabila kerana biarpun sudah perpisahan, mereka sangat profesional.

“Kalau orang datang ke rumah tengok mereka, orang akan ingat mereka masih bersama. Memang tidak nampak hubungan mereka bermasalah,” katanya kepada BH Online. Tambah Neelofa, dia sangat menghormati Sharnaaz apabila pelakon itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak saudaranya, Jebat Jayden dengan sangat baik biarpun tidak tinggal sebumbung. “Setiap hari Sharnaaz datang ke rumah meluangkan masa bersama anaknya, kadang-kadang sampai dua kali dalam sehari.

“Jujurnya saya sangat hormati Sharnaaz kerana menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dengan sangat bagus. “Itulah satu perkara positif yang orang ramai kena tahu. Saya harap orang di luar sana yang mengalami keadaan yang sama, dapat menjadikan mereka sebagai contoh. Mereka boleh buat, mengapa tidak orang lain,” katanya. Neelofa turut mendoakan yang terbaik buat Nabila dan Sharnaaz. “Saya mendoakan Nabila dan Sharnaaz masing-masing dapat bertemu pasangan yang sesuai dan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

Nabila dan Sharnaaz sah berpisah secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9 Julai lalu. Pasangan itu berkahwin di Petaling Jaya, Selangor pada 31 Mac 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Jebat yang bakal menginjak usia dua tahun, bulan depan.

Sharnaaz dan Nabila kini kawan

Walaupun hubungan pelakon Sharnaaz Ahmad dengan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor kembali pulih, namun segala keputusan diserahkan kepada mahkamah untuk menentukan status perpisahan mereka. Sharnaaz ketika ditemui berkata, hubungan dia dan Nabila kini boleh dianggap sebagai kawan yang membesarkan anak tunggal mereka, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini. “Kami belum berpisah tapi keputusan mahkamah bakal keluar tidak lama lagi. Apa yang saya nak beritahu sekarang ini hubungan kami sebagai kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak.

“Berkaitan keputusan rumah tangga, saya serahkan kepada mahkamah. Sejak kes ini difailkan di mahkamah, saya reda dan bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. “Kalau hubungan kami kembali berbaik pun, hanya mahkamah yang akan menentukan sekarang ini sebabkan kuasa diserahkan kepada mereka dan apa saja keputusan yang bakal diterima. Tapi, apa yang saya perjuangkan selama ini untuk bersama Jebat, saya sangat bersyukur kerana Nabila mengizinkan saya bertemu atau membawa anak keluar tanpa sebarang halangan.

“Persetujuan ini adalah rahmat terbesar untuk diri saya. Kalau dulu saya ada masalah untuk berjumpa anak tapi sekarang semuanya sudah okey. Menjawab mengenai perhubungan saya sendiri tiada jawapan sebab keutamaan saya bukan lagi perkahwinan tapi besarkan anak dan ingin pastikan Jebat tidak hilang bapa dari pandangan matanya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pembukaan cawangan ketiga Bubblebee Malaysia di Danau Kota, Setapak, di sini semalam.

Menurut Sharnaaz, dia berterima kepada Nabila kerana tidak pernah menafikan haknya sebagai bapa dan tiada apa lagi yang diinginkan kerana sudah dapat bertemu Jebat. “Apa yang saya perjuangkan selama ini, semuanya untuk Jebat. Saya sudah dapat apa yang saya mahukan. Hubungan perkahwinan sudah jatuh nombor dua, apa yang penting Nabila mengiktiraf saya sebagai bapa kepada Jebat. “Saya perlu menghormati Nabila, jika tidak kerana dia, belum tentu saya dapat Jebat. Nabila seorang ibu yang bagus. Apa yang saya nampak, Jebat dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Itu tidak boleh saya nafikan,” katanya.

Katanya, dia akan bertemu Jebat tiga kali sehari iaitu pada sebelah pagi sebaik pulang daripada gimnasium , petang dan malam. Walaupun kepenatan terpaksa berbuat demikian, Sharnaaz tidak mengeluh asalkan dapat berjumpa dengan buah hatinya setiap hari. “Jika saya sibuk dengan penggambaran dan terpaksa keluar awal pagi ke lokasi, saya akan menghubungi Jebat melalui panggilan video. “Pada peringkat awal dulu, terasa pelik juga kenapa saya terpaksa melalui proses begini sedangkan Jebat adalah anak saya, tapi saya sudah biasa. Buat masa sekarang saya perlu bersyukur kerana saya dapat apa yang saya perlu dapat,” katanya. Sharnaaz dan Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.