Nabila Razali tidak lupa orang ini selepas meraih kejayaan yang luar biasa. Rupa rupanya kehadiran seseorang ini juga merupakan faktor pencapaiannya itu.

Penyanyi Nabila Razali sekali lagi mencipta rekod tersendiri apabila muzik video Peluang Kedua telah mencapai tontonan sebanyak 10 juta. Jumlah berkenaan diperoleh hanya dalam masa dua minggu selepas ia dimuat naik di YouTube. Berita gembira itu turut dikongsi Nabila atau lebih mesra disapa Bella di sebuah entri di Instagramnya. “Ini semua hasil kerja keras team produksi yang menjayakan Music Video ni. You know who you are.

“Bagi Bella kejayaan ni merupakan kejayaan mereka semua. Tanpa penat lelah mereka, mungkin Music Video ini hanya jadi angan-angan Bella je.  “Tidak dilupakan MK K-Clique untuk penampilan yang cukup cemerlang,” katnnya. Tambahnya, orang ramai juga boleh menonton video di sebalik tabir pembikinan muzik video Peluang Kedua di YouTube rasmi Nabila Razali.

“Kalau nak tahu siapa orang penting yang bagi letop MV ni, korang kene tengok Behind The Scene MV Peluang Kedua di YouTube Channel Nabila Razali Entertainment tepat jam 11 malam ni,” katanya. Menerusi ruang komen, rata-rata terkejut apabila jumlah tontonan tersebut sangat tinggi memandangkan ia baru dimuat naik dua minggu lalu.  Walaubagaimanapun, terdapat juga komen ‘nakal’ yang mendakwa kehadiran MK MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan antara faktor video tersebut mendapat perhatian.

Penyanyi Nabila Razali memilih penyanyi rap MK (K-Clique) sebagai hero sekaligus rakan duet bagi video muzik lagu Peluang Kedua versi baru. Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Bella, pemilihan MK adalah tepat memandangkan dia seorang yang sangat mudah bekerjasama. “Sebenarnya lama juga kami mencari hero untuk video muzik ni. Ramai nama yang muncul dan sesuai tapi dalam ramai-ramai tu, MK paling mendapat perhatian.

“Dia boleh menyanyi rap dan beri aura baru kepada lagu asal jadi pada saya, MK adalah pilihan yang tepat” ujar Bella kepeda Gempak. Nabila ditemui ketika majlis pelancaran video muzik Peluang Kedua versi baru yang diadakan di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya sebentar tadi. Tambah Bella, dia bersyukur apabila buah tangan terbarunya ini menjadi juara di semua carta-carta radio, streaming termasuk Carta RIM.

“Alhamdulillah, selepas lama menunggu akhirnya siap juga video muzik Peluang Kedua. Pada awal perancangan, video muzik ini sepatutnya dilancarkan sekali dengan tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan kami terpaksa menangguhkan penggambaran. “Saya anggap ada hikmah di sebalik ujian tu,” katanya lagi. Video muzik Peluang Kedua telah menjalani penggambaran selama dua hari di Cameron Highland, Pahang.

SUMBER: GEMPAK