Nak beli ketam segar dan penuh dengan isi tapi tak tahu macam mana. Ini 3 petua pilih ketam yang anda inginkan.

Lauk ketam memang agak jarang dimakan buat kebanyakan keluarga kerana harganya yang agak mahal. Tetapi sekali sekala tu boleh la nak merasakan makan ketam yang sedap ni. Cuma kadang-kadang ketam yang dibeli tak penuh dengan isi pun? Kosong. Jangan risau, seorang pemuda yang bernama Ahmad Hunain berkongsi tips dan petua untuk beli ketam yang fresh dan penuh dengan isi.

Pertama, beli pada musim yang tepat. Menurut Hunain, isi ketam yang dibeli selepas bulan mengambang penuh jauh lebih penuh berbanding waktu lain. Isi yang padat membuatkan waktu ini sangat sesuai untuk membeli ketam. Kedua, lihat pada warna sepit ketam. Tengok bahagian sepit ketam di pasaraya. Kalau ianya masih lagi berwarna biru maknanya ketam tu fresh lagi. Dan boleh juga terbalikkan ketam tersebut untuk lihat segi tiga di badannya. Kalau masih melekat, ianya merupakan tanda ketam itu segar dan sedap.

Ketiga, beli ketam betina untuk dapatkan telur di dalamnya. Kalau tak pernah cuba, telur ketam ni sangat fresh. Ianya merupakan satu perisa yang sangat sedap apabila digabungkan bersama lauk yang dimasak. Untuk bezakan jenis jantina ketam boleh lihat dari permukaan belkang ketam terebut. . Tapi kalau tak kisah jumlah isi, pilih ketam jantan kerana isinya manis. 

Sumber: Ahmad Hunain