Nangka rupanya ada macam macam kebaikan untuk kesihatan. Ini antara sebab sebab yang anda perlu tahu tentang buah nangka

Buah nangka mempunyai pelbagai khasiat.SELAIN sebagai penambah aroma dan rasa, manfaat buah nangka sebenarnya cukup banyak untuk kesihatan manusia.Ini kerana nangka mengandungi vitamin dan mineral yang cukup tinggi malah lebih daripada epal, pisang dan avokado. Itu belum lagi kandungan folat, niasin, riboflavin, kalium dan magnesium.

Tidak hanya itu, karotenoid atau pigmen yang memberi warna kuning pada nangka turut kaya dengan vitamin A.Seperti semua antioksidan, karotenoid berfungsi melindungi sel daripada rosak serta membantu tubuh berfungsi dengan lebih baik.Semua kelebihan yang terdapat pada buah ini, membantu mencegah sakit seperti brah, sakit jantung serta masalah mata seperti katarak dan degenerasi makula. Semakin ranum nangka, kadar karotenoidnya juga akan meningkat.Berikut adalah lima kebaikan nangka untuk kesihatan;

1. Atasi sembelit.Nangka adalah sumber serat yang cukup baik sehinggakan ia mampu membuatkan anda berasa kenyang lebih lama selain membantu membuang air besar dengan lebih teratur.2. Ubat bisul.Bahan kimia semula jadi di dalam nangka dapat membantu mencegah terbentuknya luka atau bisul di dalam perut anda.3. Diabetes.Tubuh akan mencerna dan menyerap nangka lebih perlahan daripada beberapa makanan lain. Ini bererti gula dalam drah bagi pesakit diabetes tidak akan naik secepat seperti buah-buahan lain.

Sebuah kajian juga menunjukkan bahawa ekstrak nangka dapat membantu pesakit diabetes untuk mengawal gula dalam drh..4. Tekanan drah tinggi.Kalium dalam nangka dapat membantu menurunkan tekanan drah sekaligus mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar.5. Masalah kulit.Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam nangka dapat membantu melindungi kulit anda daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari.

Doktor ini dedahkan Etnik Uighur akan dapat makanan percuma terutama kanak kanak. Tapi rupa rupanya makanan percuma itu adalah haiwan yang haram buat Islam.

Sudah lebih dua tahun semenjak Sayragul Sautbay dibebaskan dari ‘pusat latihan’ di wilayah barat China. Namun begitu, wanita ini mengaku, dia masih dihantui mimpi ngeri mengenai pengalamannya semasa ditahan di fasiliti berkenaan. Dalam satu temu bual bersama Al Jazeera, Sayragul yang juga merupakan seorang doktor dan pendidik mendedahkan, salah satu perkara paling ngeri yang perlu dilaluinya ketika ditahan adalah dipaksa memakan daging babi setiap hari Jumaat.

Menurut wanita yang juga ibu kepada dua anak itu, kerajaan China sengaja memilih hari Jumaat ekoran mengetahui hari berkenaan adalah suci buat penganut agama Islam. Ujar Sayragul lagi, polisi itu sengaja dilaksanakan untuk memalukan dan menghina tahanan beragama Islam.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika dipaksa makan babi. Saya rasa seperti orang lain. Dunia saya gelap,” tambahnya lagi. Sayragul yang kini menetap di Sweden telah menerbitkan sebuah buku untuk berkongsi mengenai pengalamannya semasa ditahan di ‘pusat latihan’ itu.

Dalam buku tersebut, Sayragul turut menceritakan pengalamannya menyaksikan kekerasan, penderaan seksual dan juga pemandulan paksa bagi mengelakkan wanita Islam etnik Uighur untuk melahirkan zuriat lagi. Mereka juga ada memberikan kanak-kanak tadika makanan yang mengandungi daging babi tanpa pengetahuan ibu bapanya mahupun kanak-kanak itu sendiri.

Dalam temu bual sama, Sayragul turut mendedahkan bahawa kerajaan Xinjiang ada memulakan satu inisiatif digelar ‘makanan percuma’ dan sasaran mereka adalah kanak-kanak di tadika. Menurut Sayragul, kanak-kanak tadika beragama Islam di sebuah sekolah di bandar Altay yang terletak di utara Xinjiang telah diberi makan daging babi tanpa pengetahuan mereka melalui inisiatif ‘makanan percuma’ berkenaan.

“Mereka mahu mengajar kanak-kanak Muslim dari usia muda supaya menggemari rasa daging tidak halal itu,” terang Sayragul. Ada usaha jadikan wilayah Xinjiang sebagai hab penternakan babi. Sementara itu, pakar antropologi Jerman, Adrian Zenz berkata, terdapat usaha aktif untuk mempromosikan dan mengembangkan ladang ternakan babi di kawasan Xinjiang.

Menurut Adrian, ladang ternakan baharu itu dibangunkan di kawasan selatan Kashgar dan sasaran ternakan adalah sebanyak 40,000 ekor babi setiap tahun. “Ini merupakan salah satu usaha untuk mengubah Muslim Uighur dan membasmi budaya mereka di wilayah Xinjiang,” katanya.

Sumber: Al Jazeera

Disebabkan Terlalu Teruja PKPB Putrajaya Dah Tamat. Kecoh Pula Apabila Ada Seekor Haiwan Ini Muncul Di Dalam Mall Putrajaya.

Mentang-mentanglah PKPB di Putrajaya dah diumumkan tamat hari ni, terus pergi shopping! Sebuah pusat beli belah di Wilayah Persekutuan Putrajaya kecoh apabila seekor babi dirakam berada di dalam salah sebuah kedai di pusat perniagaan itu. Menerusi laman sosial Twitter @redzuanNewsMPB, orang awam berjaya merakam adegan seekor babi yang berada di dalam sebuah kedai di sebuah pusat beli belah yang terletak di Putrajaya. Video berkenaan kini sudah ditonton lebih 1,000 kali.

Rata-rata warganet beranggapan insiden berkenaan adalah sangat lucu susulan ia berlaku hanya sehari selepas pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai status Putrajaya yang diisytiharkan kembali ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini. Tidak kurang juga ada warganet yang berkata bahawa insiden berkenaan adalah kerana habitat semula jadi haiwan berkenaan sudah semakin berkurangan.