Noorkhiriah dilabel bongkak oleh warganet sebab tak boleh ditegur hingga nekad amik perlakuan drastik ini. Dia bongkar sesuatu yang ramai tak tahu jadi perbualan

Pelakon Noorkhiriah membuat keputusan untuk berhenti berkongsi foto dan video peribadinya buat sementara waktu di akaun Instagram miliknya. Noorkhiriah berlakuan demikian selepas difahamkan menerima teguran yang mengaibkan oleh warganet atau pengikut laman sosialnya. “Dah lah malas nak post apa-apa dah lepas ni. Maaf, post review jela. “Pergi Korea jap. dah sejuk akak post gambar balik.

“Nak tegur, tegurlah tapi lagi cantik dm (mesej peribadi) atau Whatsapp. Takdelah semua tau, bila semua tau kadang-kadang itu membuka ruang yang pendek akan menjadi panjang. “Akak simple adik, tiap teguran akak terima tapi bukan secara public. Kita tutup aib orang, Allah tutup aib kita..” katanya. Noorkhirah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Pelakon drama Nur itu menutup komen bagi entri tersebut dan entri sebelumnya. Difahamkan teguran itu diterima dari entri sebelumnya itu. Dalam kemas kini terdahulu Noorkhiriah memuat naik rakaman video dirinya yang cuba duduk di atas sebuah moto berkuasa tinggi untuk bergambar.

Watak Memang Wujud Dalam Realiti Kehidupan

‘ Watak Ecah memang benar wujud dan saya pernah menyaksikan depan mata sendiri,’ kata pelakon Nurkhiriah menceritakan pengalaman mengenali wanita yang melalui nasib seperti karakter Aisyah dalam Nur 2. Norkhiriah ketika ditemui di sesi jelajah Nur 2 di KLCC berkata dia tidak terkejut ketika membaca skrip dan diberikan watak seorang isteri naif yang ditipu suami. “ Ia memang kisah realiti yang berlaku kepada kenalan terdekat saya. Bila lihat depan mata sendiri, saya tidak menasihatkan wanita itu untuk berpisah. Tak baik pula menporak perandakan rumah tangga orang tetapi saya doakan dia diberi petunjuk jelas mengenai situasi rumah tangganya.

“ Sebagai wanita, saya doakan dia terus kuat dan dikurniakan kebahagiaan. Mungkin mudah bagi saya untuk menasihat kerana tidak berada di tempatnya,” katanya kepada XTRA. Sementara itu, Norkhiriah yang memainkan watak Aisyah dalam drama Nur 2 turut menitipkan pesan kepada wanita bergelar isteri yang teraniaya agar terus bangkit. “ Berbalah itu biasa, ia rencah dalam alam rumah tangga tetapi harus ingat, isteri bukan hamba. Dalam perkahwinan perlu ada komunikasi dan persefahaman.

“ Jangan disebabkan takut bergelar ibu tunggal, maruah terus dipermainkan. Benar suami itu syurga bagi seorang wanita tetapi jika anda hidup seperti watak Ecah dalam Nur, saya harap anda kuat untuk bangkit,” akhirinya. Noorkhiriah yang berkahwin dengan Azfaizul Ahtan pada 11 November 2006 bersyukur dikurniakan suami yang memahami dah hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

Noorkhiriah sanggup ambil anak angkat

Pelakon berkarakter, Noorkhiriah mengakui, keinginan menimang cahaya mata perempuan semakin membara, malah bersedia mengambil anak angkat jika rezeki tidak menyebelahinya untuk hamil lagi. Noorkhiriah yang sudah 12 tahun mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Hudhaifah , 9, dan Muhammad Yusoff, 7, berkata, keinginan itu pernah diluahkan menerusi laman Instagram.

“Hasrat untuk menimang anak perempuan sudah lama terpendam. Dapat seorang pun cukup untuk buat saya gembira, sekurang-kurangnya saya mempunyai peneman di rumah. Setiap kali melihat gambar bayi perempuan di laman sosial, pasti keinginan itu datang. “Suami dan emak menyokong hasrat saya untuk mengambil anak angkat perempuan, malah emak sanggup menjaga kalau saya terikat dengan kerja seni,” kata pelakon yang popular menerusi drama, Nur yang ditayangkan Ramadan lalu.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama dan Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) TV3 itu berkata, pada usia 42 tahun, banyak faktor perlu dipertimbangkan sekiranya dia mahu hamil kembali. “Wanita mana yang tidak mahu hamil, cuma belum rezeki untuk saya menambah cahaya mata lagi. Lagipun, saya sudah mencecah usia 42 tahun, banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum kembali mengandung,” katanya. Pada masa sama, Noorkhiriah bersyukur, perjalanan rumah tangganya sentiasa harmoni sejak dia dan suami disatukan pada 11 November 2006.

“Alhamdulillah, Allah mempertemukan saya dengan jodoh yang terbaik sepanjang 12 tahun ini. Namun, akan datang kita tidak pernah tahu kerana lumrah dalam kehidupan berumah tangga, pasti ada naik dan turun. “Saya jarang memuji suami, namun bersyukur kerana dia sangat baik dan memahami. Saya akur, diri juga tidak sempurna, tetapi Allah hantar orang yang baik untuk melengkapkan hidup saya. Alhamdulillah,” katanya. Noorkhiriah berkata, populariti Nur yang diarahkan Shahrulezad Mohameddin turut membuka pintu rezeki yang lebih luas, sama ada dalam kerjaya seni atau perniagaan. “Saya ada memenuhi tawaran berlakon daripada beberapa produksi, malah tidak sabar kembali ke lokasi sambungan Nur. Kalau tiada aral, penggambaran untuk musim terbaru akan dimulakan hujung tahun ini,” katanya.