Obses dengan camping cetus idea unik ini buat sesuatu di luar jangkaan ramai. Ben Amir tampil perjelas perbuatannya buat ramai tak sangka jadi perhatian warganet

Pelakon Ben Amir memandang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara positif kerana dia dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan Sambal Budak Camping. Menurut Ben, dia memilih nama itu kerana dia suka pergi berkhemah dan sambal itu merupakan resipi turun-temurun keluarganya. “Saya percaya semua orang terkesan ketika PKP dan sekarang adalah masa untuk pulih.

“Sebenarnya, saya melihat tempoh PKP itu dari segi positif bila mana saya dapat fokus dan tumpukan untuk ‘set up’ perniagaan sambal ikan bilis iaitu Sambal Budak Camping. “Ia merupakan resipi turun-temurun keluarga saya. Saya letak nama Sambal Budak Camping sebab saya suka pergi camping (berkhemah). “Pergi berkhemah kalau boleh nak bawa makanan yang mudah dan boleh dimakan dengan semua benda. 

“Disebabkan itu saya keluarkan sambal ini untuk berkongsi dengan orang di luar sana,” katanya kepada Gempak. Ben ditemui ketika majlis Majlis Pra Tonton Eksklusif dan Sidang Media “Aku, Bunga” yang diadakan di MBO, The Starling, Damansara Utama. Sementara itu, pelakon utama drama Sweet Dreams menyatakan sambalnya dijual mengikut gram justeru harganya lebih mahal berbanding yang lain. “Untuk sambal yang dijual ini, saya jual ikut per gram dalam botol. Kalau tengok kandungan beratnya memang sambal saya paling besar dan berat.

COVID-19 : Ben Amir berjaga-jaga biarpun ujian negatif

Disahkan bebas daripada COVID-19, pelakon Ben Amir terus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri. Selain terus berkurung di rumah, Ben atau nama sebenar, Muhammad Amir Sabaruddin bercadang menjalani ujian saringan kedua selepas tempoh kuarantin dua minggu berakhir. “Saya buat ujian saringan minggu lalu. Dalam tempoh sehari, keputusannya diterima. Alhamdulillah, saya didapati negatif. Buat masa ini, saya masih lagi kuarantin di rumah dengan berbaki empat hari lagi. “Walaupun saya bebas COVID-19 dan tidak menunjukkan gejala, namun sebagai langkah berjaga-jaga, saya berhasrat mengambil ujian saringan sekali lagi sebaik tempoh kuarantin tamat.

“Bukan sangsi, saya cuma mahu pastikan diri ini bebas sepenuhnya daripada virus itu. Walaupun tidak nampak gejala, tidak semestinya kita tidak terkena jangkitan,” katanya kepada BH Online. Bulan lalu, Ben, 29, menyertai kru produksi drama rantaian Demi yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland. Semalam, pengarah drama itu, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah serta empat anggota produksi lain disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari Scotland pada 31 Mac lalu. Mengulas perkara itu, Ben yang pulang beberapa hari lebih awal daripada kumpulan produksi, simpati atas apa yang berlaku.

“Saya terkejut dan simpati dengan nasib menimpa mereka. Kami pernah makan bersama dan menetap dalam rumah sama. “Kita doakan sahaja mereka segera sembuh. Semoga kita kuat me Ben turut berterima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan keadaan dirinya. “Ramai yang menelefon saya bertanya khabar. Saya minta maaf jika ada panggilan yang tidak dapat dilayan. Ketika itu, emosi saya tidak begitu stabil. “Selepas keadaan tenang, barulah saya sedia mengeluarkan kenyataan dan menghebahkan berita di laman sosial. Terima kasih kerana sudi mendoakan kesejahteraan saya,” katanya.

Biarpun aktiviti seni terbantut berikutan penggambaran drama ditangguhkan, aktor tinggi lampai ini reda kerana baginya kesihatan diri lebih utama. “Sepatutnya selepas penggambaran drama Demi selesai, saya mula bekerja untuk drama siaran Ramadan. Namun selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dilaksanakan, semua penggambaran ditunda. “Bagi saya, kalau mahu memulakan penggambaran, biarlah situasi sudah betul-betul pulih. Sebagai pelakon, kita mahu jaminan daripada segi keselamatan. Untuk apa kita teruskan penggambaran jika mengancam kesihatan kami,” katanya.

Ben Amir negatif Covid-19

Pelakon Ben Amir yang turut menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland arahan Rahila Ali awal Mac lalu disahkan negatif Covid-19. Ben ketika dihubungi berkata, dia pulang beberapa hari lebih awal pada 27 Mac lalu berbanding semua kru dan pelakon yang pulang ke tanah air pada 31 Mac lalu.  “Sekembali di sini, saya melakukan kuarantin diri di rumah. Saya kemudian membuat pemeriksaan di sebuah pusat perubatan di Damansara dan keesokannya saya disahkan negatif wabak itu.

“Alhamdulillah setakat ini keadaan saya baik-baik saja. Tiada sebarang gejala dijangkiti wabak ini selepas pulang ke tanah air beberapa hari lebih awal pada  27 Mac lalu,” katanya.  Terdahulu, pengarah drama itu, Rahila Ali dan salah seorang pelakon drama itu, Puteri Aishah disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Scotland pada 31 Mac lalu.

Turut positif salah-seorang kru penggambaran drama itu. Menurut Ben, dia bersimpati dengan Puteri Aishah, Rahila dan kru terbabit. Ben juga memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai kru lain yang turut positif wabak itu. “Perkara ini sangat sensitif untuk saya kongsikan kerana bimbang timbul spekulasi tidak betul. Apapun doakan semoga kita kuat menghadapi ujian ini dan dijauhkan daripada wabak ini,” katanya. Selain Ben dan Puteri, antara pelakon lain yang menyertai rombongan itu ialah Ashraf Muslim, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa. Drama Demi adalah diadaptasi daripada novel yang diterbitkan 26 episod bagi siaran RTM.