Orang ramai dah mula tanya tentang ank. Mengejutkan bila tiba Ain Edruce dedahkan sesuatu tentang keluarganya buat ramai terkedu. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Pengacara dan pelakon, Ain Edruce mengakui dia kini sudah mula diasak dengan pertanyaan mengenai soal menimang cahaya mata. Begitupun, menurut Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29, dia masih belum dikurniakan rezeki untuk menerima kehadiran ‘ahli’ baru sejak berkahwin pada tahun lalu.

“Bila belum kahwin, tanya bila nak kahwin, dah kahwin..baru dua bulan ni dah tanya ‘dah ada ke belum?’. Memang normal orang bertanya hal anak ya? Kena sediakan jawapan siap-siaplah dalam telefon (seloroh). “Setakat ini, bercakap mengenai menimang cahaya mata, saya tidak ada rasa macam nak merancang (keluarga) ke apa. Kalau dapat (mengandung) tu alhamdulillah. Kalau benda tu jadi, jadilah.. kalau belum ada rezeki, saya boleh fokus dengan kerja,” katanya kepada Astro Gempak.

Ain ditemui sewaktu sidang media program realiti, Immortal Songs yang diadakan di Farm Fresh @ Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Katanya, dia kini menyerahkan hal berkaitan menimang cahaya mata itu kepada ketentuan daripada-Nya sahaja. “Kalau tak ada (bayi), saya boleh fokus dengan aktiviti perlumbaan. Rasanya orang tahu yang saya sekarang ini racing untuk Toyota.

“Kalau tiba-tiba mengandung, bahaya pula. Bergegar-gegar pula anak nanti,” selorohnya yang bakal menjadi pengacara bagi program realiti berkenaan. Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.