Pasangan kekasih ini selamba sahaja makan makan bertemakan candlelight di kedai mamak. Ternyata perkongsian ini meraih perhatian selepas ada agenda lain di sebalik kejadian tersebut

Kalau nak beli hadiah tak semestinya kena mahal dan mewah sebab yang paling penting adalah niat kita yang ikhlas nak gembirakan orang. Begitu juga bila nak makan malam romantik dengan kesayangan kita. Tak semestinya kena makan dekat tempat mewah, makanan fine dining dan lokasi menarik, kan?Itulah yang dilakukan sepasang kekasih baru-baru ini yang membuat candlelight dinner mereka berdua di kedai mamak. Melalui Facebook, Restoran Aliff telah memuat naik beberapa gambar menunjukkan pasangan kekasih sedang menikmati makan malam romantik.

Setiap kedai mamak ada menu istimewa mereka tersendiri dan Restoran Aliff pula terkenal dengan menu lain daripada lain, terutamanya roti canai KLCC!Melalui gambar-gambar itu, difahamkan candlelight dinner tersebut adalah prank yang dibuat oleh rakan-rakan kepada pasangan tersebut. Dalam salah satu gambar juga adalah bouquet, bukan bunga tetapi dipenuhi dengan sayur-sayuran. Warganet di posting itu rata-ratanya memuji pasangan tersebut kerana tidak kisah dengan candlelight dinner di kedai mamak saja. Ada juga yang bercakap sekurang-kurangnya ada usaha, ikhlas dan nampak yang teman wanita tersebut bukan materialistik.

‘Kreatif Tapi Seram!’ – Boleh Ke Makan Kalau Macam Ni? Mufti Kelantan Perjelaskan Hukum Makan Roti Canai Bentuk Ular.

Teruja dan geli. Itu mungkin perasaan yang bermain pada pelanggan gerai yang menyediakan ‘roti canai ular‘ di Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu untuk menikmati menu yang tular sejak seminggu lalu.Berbentuk ular yang garing selepas digoreng ditambah lagi dengan campuran perisa pilihan membuatkan ‘roti canai ular ni’ tampak menyelerakan bagi sesetengah orang.Namun perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan persoalan bagi sesetengah warganet, adakah kita sebagai orang islam boleh makan makanan yang berbentuk macam tu?

Menurut Harian Metro, hukum makan makanan berbentuk ular itu adalah tidak haram, selagi bahan yang digunakan untuk membuat makanan itu adalah daripada sumber yang halal .Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana tujuan pembelian itu adalah semata-mata untuk dimakan dan bukan untuk diagungkan.“Kita semua sedia maklum, bahawa kandungan roti canai itu hanyalah tepung gandum sahaja dan ia datang daripada sumber yang halal. Jadi tidak timbul sekalipun isu haram jika memakan roti canai berbentuk ular.“Bagaimanapun, hukum memakan ular tetap haram kerana ia mengandungi bisa yang akan memudaratkan manusia namun roti canai ular ini cuma menyerupai bentuk sahaja, bukan kandungannya yang memudaratkan manusia,”Min teringin nak rasa roti canai ular tu.. tapi boleh request bentuk lain tak? Seram la…