Pasangan sensasi sanggup tanggal tag pink demi alasan tak masuk akal ini buat warganet tak senang duduk. Pihak polis tampil beri penjelasan fasal isu satu ini buat orang ramai di media sosial

Sejak tular kisah wanita yang minum di sebuah restoran biarpun memakai gelang merah jambu (tag kuarantin COVID-19) di Ipoh, Perak, satu persatu pula kes yang hampir sama muncul. Pihak polis akan amik perlakuan yang lebih tegas lagi buat orang ramai yang masih ingkar akan perintah kerajaan. Terbaru, sepasang suami isteri ditahan selepas dikatakan melanggar arahan untuk kuarantin di rumah. Menerusi laporan The Star, pasangan suami isteri itu dikatakan cuba menyembunyikan gelang merah jambu dengan menanggalkannya dan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO)  Ketua Polis Daerah Kangar Superintenden Wari Kiew berkata, pasangan itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang. “Ketika itu mereka menaiki motosikal untuk pulang ke rumah di Kampung Kuala Sanglang sekitar jam 3: 30 petang tadi.

“Pasangan itu ditahan polis selepas dilihat dalam keadaan panik dan mencurigakan,” katanya. Tambahnya, hasil soal siasat, mereka memberi alasan menanggalkan gelang kuarantin untuk membeli barang runcit. “Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 270 Kanun serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan
Sakit Berjangkit 1988,” katanya

Kecoh pasangan pakai tag pink kuarantin, sebenarnya gelang tangan masuk kedai haiwan

Polis mengenal pasti satu pasangan didapati keluar sambil memakai tag merah jambu, menyerupai gelang tangan dipakai individu yang menjalani kuarantin di rumah.Bagaimanapun, ia merupakan satu kesilapan apabila gelang yang dipakai mereka sebenarnya merupakan tag kemasukan yang dikeluarkan oleh sebuah kedai haiwan peliharaan untuk para pelanggan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menjejaki pasangan itu susulan laporan mengenai satu pasangan dilihat di kawasan parkir Bukit Bendera, pada kira-kira pukul 3.25 petang Ahad. Pasangan itu terdiri daripada seorang lelaki berusia 21 tahun dan wanita berumur 22 tahun.

“Mereka dipanggil ke balai polis dan keterangan mereka direkodkan. “Menurut pasangan itu, mereka pergi ke sebuah kedai haiwan peliharaan di bandar pada hari berkenaan, dan masing-masing diberikan gelang tangan merah jambu untuk memasuki premis,” katanya. Soffian berkata, pasangan itu tidak menanggalkan gelang tersebut kerana bercadang untuk kembali ke kedai tersebut pada sebelah malam. “Mereka kemudian pergi ke Bukit Bendera untuk membeli tiket pada kira-kira pukul 3 petang, tetapi selepas menunggu selama sejam, mereka membatalkan rancangan mereka dan sebaliknya pergi ke sebuah pusat membeli-belah. “Berdasarkan pemeriksaan dengan Kementerian Kesihatan juga mendapati mereka dalam senarai individu di bawah pengawasan (PUS) dan pasangan itu tidak ke luar negara,” katanya.

‘Jejak makcik gelang pink sudah disanitasi’

:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah melaksanakan proses sanitasi di seluruh kawasan yang dipercayai dijejaki ‘wanita bergelang merah jambu’ yang tular di media sosial, baru-baru ini. Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman, berkata pihaknya melaksanakan sanitasi di semua kawasan dinyatakan media dan individu berkaitan.”Jangan bimbang, perlakuan sudah dilakukan. Contohnya di kawasan Meru, fokus sanitasi ialah di kedai makan kawasan Mydin. “Kita turut menggerakkan pasukan di lokasi dijejaki wanita berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis korban Persatuan Suri dan Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Perak bersama Nation of Women (NOW) Perak serta Kempen Keselamatan Kebakaran di Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya. Beliau mengulas kebimbangan orang ramai susulan perlakuan seorang wanita memakai gelang merah jambu menandakan pulang dari luar negara dan perlu menjalani kuarantin di rumah, dikesan makan di tempat awam.