Pasti anda mahupun ahli keluarga anda pernah terkena ketuat. Ketahui cara untuk hilangkannya dengan hanya gunakan 5 bahan organik ini.

Kita mesti pernah berjumpa atau mendengar permasalahan mengenai ketuat dari ahli keluarga atau teman-teman. Ramai yang kadangkala masih keliru mengenai ketuat itu sendiri. Ketuat merupakan sejenis ketumbuhan tidak berbahaya yang berada pada kulit. Ia sebenarnya disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang dinamakan sebagai Human Papiloma Virus (HPV).

Mesti korang nak rimas dengan ketuat dan kalau boleh memang nak buang terus. Ada 5 bahan organik yang korang boleh try untuk hilangkan ketuat dari kulit korang. Jom baca bahan-bahan organik untuk hilangkan ketuat oleh @drirmashida kat bawah ni.

Cuka epal atau apple cider vinegar boleh digunakan untuk hilangkan ketuat. Campur dengan air, lepas tu dab-dab kat area ketuat tu. Nanti kecutlah tu. 

Bawang Putih

Dekat dapur mesti ada bawang putih kan. Ambil beberapa ulas, tumbuk bawang putih tu lepas tu campur dengan air. Kemudian sapu dekat area ketuat tu. Lepas 3-4 minggu hilang lah ketuat tu.

Nenas

Walaupun masih dalam kajian, tapi ada orang berjaya hilangkan ketuat dengan guna nenas. Nak sapu jus nenas boleh, nak letak isi nenas terus kat ketuat pun boleh. Tapi kena buat setiap hari lah baru berkesan.

Lemon

Cara guna lemon untuk hilangkan ketuat sama juga macam yang lain. Guna jus lemon, sapu dekat ketuat setiap hari. Nanti ketuat hilang

Timun

Ni admin terkejut bila tahu timun boleh hilangkan ketuat. Cara dia sama, sapu timun dekat kulit yang kena ketuat. Nanti sel baru akan tumbuh dekat area yang pernah kena ketuat tu.

Selamat mencuba.

Sesetengah orang pasti sudah mengalami sakit perut yang memulas terlalu lama. Kini ada 5 tips untuk anda amalkan sebelum tidur.

Ada cara boleh dilakukan agar memudahkan proses membuang air besar pada waktu pagi. Ada sesetengah orang memang wajib membuang air besar pada waktu pagi. Jika tak dapat ‘membuang’ boleh menimbulkan rasa resah dan tak selesa. Sebenarnya ia bukan sesuatu yang tidak normal sekiranya anda tidak boleh membuang air besar pada waktu pagi. Secara umumnya, ada orang akan ke tandas tiga kali sehari dan paling sedikit, tiga kali dalam seminggu.

Setiap orang berbeza dan selagi mereka konsisten dengan pola yang sudah terbentuk, ia sebenarnya sudah cukup baik. Bagaimanapun, jika anda ingin menjadikan membuang air besar sebagai rutin setiap pagi, ada beberapa cara untuk melakukannya.

1. Minum air putih

Salah satu fungsi utama usus besar adalah membantu tubuh menyerap air. Jika anda ingin membuang air besar, adalah penting memastikan usus besar cukup air dan terhidrasi. Sebelum tidur, sebaik-baiknya minum segelas air putih dan ia akan membantu kelancaran proses membuang air besar pada waktu pagi.

2. Kekacang

Salah satu makanan yang kaya dengan serat adalah kekacang. Pengambilan 20-30 gram pada waktu malam dapat membantu melancarkan proses membuang air besar pada waktu pagi.

3. Jalan kaki selepas makan malam

Bagi merangsang rasa membuang air besar pada waktu pagi, sebaik-baiknya lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki selepas makan malam. Berjalan kaki di sekitar rumah selama 10 minit dapat meningkatkan gerakan usus dan membantu membuang air besar.

4. Sarapan awal

Sarapan awal dapat menstimulasi gerakan pada usus sehingga mendorong anda membuang air besar.

5. Kopi atau teh?

Ada menganggap kopi mampu merangsang rasa membuang air besar – jika ia berkesan maka teruskan. Teh juga bagi sesetengah orang pula dapat membantu mereka. Tiada apa yang betul atau salah dalam hal ini selagi ia tidak memberi masalah kepada anda.