Patut ke saya bekerja sebab isteri saya sudah bekerja dengan pendapatan RM1200 sebulan persoalan lelaki ini cetus kontroversi ramai dikatakan sanggup amik kesempatan ini. Postingnya yang sensasi itu cetus perdebatan ramai hingga mereka geleng kepala

Dalam  keadaan ekonomi yang tidak menentu, terutama kesan akibat pandemik Covid-19, ramai mula mengambil inisiatif untuk membuat lebih satu kerja dalam satu masa. Sama ada bujang atau berkahwin, mempunyai kerja lebih daripada satu bukan lagi luar biasa kerana begitulah apa yang perlu dilakukan demi kelangsungan hidup. Namun, berbeza pula dengan seorang pemuda yang memasang angan-angan untuk berhenti kerja apabila berkahwin nanti. “Bakal isteri saya kerja pasar raya, gaji RM1,200. Patut ke saya kerja lagi?” soalnya, sehingga postingnya itu menjadi tular di media sosial.

Timbul pelbagai reaksi terutama kritikan dan lelaki berkenaan dikritik kerana menggambarkan gaji RM1,200 adalah mencukupi dengan kos sara hidup yang tinggi. “Kepada bakal isteri eloklah tarik diri jangan kahwin dengan lelaki pemalas ni. Kalau kau tak mintak untuk berpisah, kau menyesal nanti,” komen seorang warganet. Timbul pelbagai reaksi terutama kritikan dan lelaki berkenaan dikritik kerana menggambarkan gaji RM1,200 adalah mencukupi dengan kos sara hidup yang tinggi. “Kepada bakal isteri eloklah tarik diri jangan kahwin dengan lelaki pemalas ni. Kalau kau tak mintak berpisahi, kau menyesal nanti,” komen seorang warganet.

Malah, ada yang berang dengan pertanyaan lelaki berkenaan yang disimpulkan sebagai manusia pemalas dan hanya mementingkan diri sendiri. “RM1,200 tu nak makan apa lepas bayar komitmen? Ubi kayu? Telur ayam? Pasir? Belum kira perbelanjaan anak-anak lagi. Boleh tanya patut ke kerja lagi? Baik tak payah kahwin kalau kemudian menyusahkan orang,” ujar warganet dengan nada kesal. “Tak payah kerja. Kau jadi biawak hidup je la. Eh sakit pulak hati,” kata seorang warganet secara sinis.. “Tak payah kerja, kahwin pun tak payahlah bang,” komen warganet lain memberikan jalan penyelesaian terbaik buat pemuda berkenaan bagi menjawab persoalannya.-mstar

Suami buntu dah anak 3 tapi isteri malas masak… barang dalam fridge semua rosak, asyik bergosip adik-beradik – “Baju tak basuh tak lipat tu memang tak payah cerita la”

Bagi mereka yang rajin menyoroti pelbagai luahan di Facebook Kisah Rumah Tangga, ia bagaikan satu medan untuk kebanyakan kaum isteri berkongsi masalah mereka. Namun sesekali, ada juga golongan suami tampil berkongsi kisah sehingga ia menjadi tular dan menarik perhatian ramai. Terbaharu, seorang lelaki yang tidak dedahkan identitinya mengakui buntu untuk meneruskan hidup dengan isterinya yang memiliki sifat malas.

Menerusi perkongsian luahan pada Ahad, dia mengakui sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Menurut lelaki itu, dia mengharapkan isterinya rajin menguruskan keluarga memandangkan hanya dia seorang sahaja yang bekerja. “Isteri saya jenis tak suka masak, kurang makan dan jenis makan je apa-apa makanan ringan or makanan segera. Sebagai suami, saya dah macam tak boleh nak harapkan dia sediakan masakan apa-apa.

Sekali tegur, sekali dia masak. Sebulan sekali belum tentu dia masak kalau tak bagitahu.”Pernah saya tegur, rasa macam bujang je. Lapar makan mi segera, kalau teringin, kena masak sendiri. Kemudian dia buat muka,” kata lelaki itu. Selain malas masuk ke dapur, wanita itu juga sering membiarkan pakaian di dalam mesin basuh sehingga berbau hapak. Malah, segala barang dapur yang dibelinya juga terbiar sepi di dalam peti ais sehingga rosak.

“Kerja-kerja rumah pun jarang buat. Selalu sangat baju yang dia letak dalam mesin basuh auto tu terbiar tiga ke empat hari sampai naik bau hapak. Baju tak basuh dan tak berlipat tu memang tak perlu cerita. “Ayam, ikan, daging yang saya beli, selalu sangat terbiar je dalam peti ais sampai berbulan. “Anak-anak lebih rapat dengan saya dari dia. Balik kerja, anak-anak dah mula berkepit. Nak duduk kat riba, minta dukung, minta mandikan.

“Tidur malam, isteri dengan anak bongsu (baby empat bulan), lagi dua anak tidur bilik asing dengan saya,” luah lelaki itu lagi. Lebih mengeruhkan keadaan, adik iparnya turut datang dan membuat perkara tidak berfaedah dengan isterinya sehingga segala urusan dalam rumah mereka terbiar. “Setiap hari, kerja dia duk bergosip dengan adik beradik dia yang datang rumah. Pernah belikan stok makanan ringan sampai RM100 lebih.

“Akhirnya habis dalam masa satu hari dia buat jamuan time bergosip. Kadang-kadang rasa dah penat nak tegur isteri. Tapi masih kuat untuk sabar insyaAllah. “Buntu dah macam mana nak tegur dan nasihat. Bukan anak orang kaya pun. Tapi lagak dia nak duduk goyang kaki tu, hmmm,” kata lelaki itu lagi. Bagaikan sudah buntu, dia memohon pengikut Facebook Kelab Rumah Tangga agar memberi idea kepadanya untuk menyelesaikan hal itu.

Selain menerima lebih 7,700 tanda suka (likes), posting itu turut dihujani hampir 3,000 komen warganet. “Malas memang tiada ubatnya. Tak perlulah kata bini penat jaga anak sampai tak sempat nak buat kerja langsung. Berjuta wanita lain yang bekerja pun masih sempat uruskan rumah tangga. “Awak kena tegas. Kalau asyik melayan pemalas bini awak, sampai bila-bila pun dia tak akan berubah. “Jarang suami nak luah perasaan begini. Nampak sangat penyabar orangnya. “Dari penceritaan awak, awak ni seorang suami yang penyabar dan baik. Mungkin sebab sikap awak yang terus bersabar ni yang buat dia naik lemak,” tulis beberapa warganet.