Pekerja kedai serbaneka ini murah hati apabila dia sanggup buat live di TikTok sambil menderma pada followersnya. Dia juga akan teruskan selagi mampu.

Azri mengakui ada juga yang tak berpuas hati apabila nama gagal tersenarai sebagai pemenang. Setiap individu ada cara tersendiri untuk melakukan amal jariah. Menerusi siaran live di TikTok, seorang pekerja kedai serbaneka menarik perhatian ramai apabila sering memberi kad tambah nilai prabayar percuma kepada warganet. Menurut Mohamad Azri Bustamam, 21, kandungan sedemikian adalah ideanya sendiri yang dimulakan sejak seminggu lalu.

“Baru je dalam seminggu saya buat. Setakat ni dah hampir 60 orang dapat top up percuma. Ada yang dapat RM5, ada yang dapat RM10. Saya buat suka-suka je, sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan di TikTok. Senang nak beli top up, sebab saya pun kerja kedai serbaneka,” ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Azri, dia yang menetap di Raub, Pahang bekerja sebagai kakitangan 7 Eleven di Cameron Highland sejak berumur 18 tahun.

This image has an empty alt attribute; its file name is 982032-300x228.jpg
Azri membuat pemilihan nama pemenang secara rawak menerusi siaran live TikTok.

Baru sahaja mendaftar akaun TikTok pada September lalu, dia yang mula aktif sekitar seminggu lalu kini mengumpul 11,000 pengikut di aplikasi itu. Menurut Azri lagi, dia bersyukur dengan pekerjaannya itu dan sekadar mahu berkongsi rezeki dengan cara berbeza.

Kadang-kadang susah nak cari orang yang ikhlas follow kita. Ada yang follow sekadar nak topup je.

“Ini adalah pekerjaan pertama saya. Sangat bersyukur dengan rezeki ini. Kebanyakan yang saya bagi adalah golongan remaja. Sambil-sambil sedekah, saya juga mahu hargai sesiapa yang follow saya. Saya buat apa yang termampu je. Biasanya saya akan buat live selepas habis bekerja,” ujarnya lagi.

Menurut Azri, dia turut menerima kritikan apabila ada yang kecewa selepas gagal terpilih sebagai pemenang kad prabayar. Namun, jumlahnya begitu kecil berbanding sokongan luar biasa yang diterimanya di aplikasi itu.

This image has an empty alt attribute; its file name is 982029-300x224.jpg
Azri sudah empat tahun bekerja di kedai serbaneka itu.

“Kadang-kadang susah nak cari orang yang ikhlas follow kita. Ada yang follow sekadar nak top up je. Saya pun nak cari kenalan dalam tu. Saya akan teruskan content itu selagi mampu. Saya nak ucap terima kasih pada yang sokong. Ada juga yang kritik sebab nama tak terpilih, tak dapat top up. Saya dapat nama terlalu banyak, tak semua akan terpilih,” ujarnya lagi.

Gara Gara Video Yang Dihasilkan Tidak Mendapat Sambutan Menggalakkan. Anaknya Yang Berumur 16 Tahun Ini Sanggup Guna Inisiatif Ini Dan Hadiahkan Hampir 20 000 Subscribers YouTube Dalam Masa 3 Hari

Danial menitipkan ucapan terima kasih buat warganet yang banyak membantu sehingga membolehkan dia menggembirakan ibunya.BUKAN mudah untuk menjadi seorang YouTuber.Begitulah juga kisahnya mengenai Azlina Jelani, 43, ibu kepada dua cahaya mata yang berjinak-jinak menerusi platform video itu sejak Mac lalu.

Menurut anaknya, Danial Anas Aizat Ahmad Samhan, 16, ibunya yang juga YouTuber masakan hampir berputus asa gara-gara video yang dihasilkan tidak mendapat sambutan menggalakkan.Enggan ibunya kecewa, dia yang mesra disapa Danial berkongsi mengenai perihal YouTube ibunya di laman TikTok sehingga ia menarik perhatian ramai warganet.

“Mama buat YouTube masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari tu. Subscribers pun dalam 400 orang je.”Tiga bulan lepas, mama dah berhenti buat video. Mama dah putus asa, mama kata tak boleh buat apa dah.Ibu Danial mula berjinak-jinak sebagai YouTuber masakan sejak Mac lalu.

“Saya nak tengok mama happy, jadi saya cuba post di TikTok. Alhamdulillah dalam masa tiga hari naik dekat 20,000 subscribers,” ujarnya kepada mStar.Mesra disapa Danial, dia yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor mengakui cukup terharu dengan bantuan dan sokongan oleh warganet.

Malah ibunya yang bekerja di sebuah pusat dialisis seolah-olah sukar percaya dengan apa yang berlaku dalam tempoh singkat itu.”Mama suka tengok YouTube, dia suka tengok Sugu Pavithra, nak jadi macam mereka. Syukur sekarang subscribers mama dah meningkat.”Mama pun macam tak percaya. Dia happy, mama kata bagai satu mimpi. Dia pun dah ada semangat, nak sambung hasilkan video untuk YouTube,” ujar Danial.

Antara video di YouTube ibu Danial.Dalam pada itu, Danial juga mahu menitipkan ucapan terima kasih buat warganet yang banyak membantu sehingga membolehkan dia menggembirakan ibunya.”Saya nak ucapkan ribuan terima kasih untuk semua warga TikTok. Tanpa anda, siapalah saya dan mama?”Saya baru umur 16 tahun, tak ada duit nak bagi mama happy. Itu salah satu cara untuk gembirakan dia.”Terima kasih yang tolong dari awal. Walaupun tak kenal satu sama lain. Moga anda semua murah rezeki,” ujarnya.Nak macam-macam