Pemilik butik pakaian sari Mira Filzah luah rasa kesal akan kenyataan sensasi warga twitter yang satu ini bersikap tanpa berfikir panjang. Dia nekad minta individu terbabit lakukan perkara ini untuknya

Pemilik butik pakaian Bollywood, Cassandra Collection, Siti Rashidah Mohd Zubair kecewa dan terkejut dengan kenyataan yang ditulis oleh seorang pengguna di Twitter mengenai pakaian yang diperagakan aktres Mira Filzah baru-baru ini. Jelas Siti Rashidah, dia tidak menyangka turut terpalit dengan kontroversi baju kaum India ini sejak beroperasi dari 2013, . “Saya kecewa dan terkejut sebab pada mulanya ramai yang puji apabila Mira Filzah memakai pakaian tradisional India itu tetapi tidak lama kemudian tiba-tiba berbalah.

“Pengguna itu telah mencetuskan perbalahan kaum dan tak elok sebenarnya! Ia mencalar keharmonian kaum tambah-tambah ketika Bulan Kemerdekaan ini,” katanya kepada Gempak. Menjelaskan situasi berdasarkan kenyataan pengguna terbabit mengenai ‘cultural appropriation’, kata Siti Rashidah dia punyai pengetahuan dalam pakaian tradisional India memandangkan latar belakang keluarganya sendiri berasal dari negara India.

“Saya mahu perbetulkan fakta pengguna Twitter itu. Saya menjual baju tradisional India dan ada pengetahuan tentang pakaian tersebut. Dia tak tahu pula saya memang berbangsa India, keluarga saya dari India walaupun saya muslim. “Bagi saya tidak semestinya hanya orang India perlu pakai pakaian tradisional India. “Kalau pemilik itu membayar Mira hanya untuk mempromosikan kanta lekap menggunakan tema pakaian Bollywood, mana yang salahnya? “Jangan suka-suka suruh pilih model berbangsa India sebab yang bayar bukan dia tapi pemilik kanta lekap tu.

“Perlakuannya tu jelas sekali menimbulkan rasa berang ramai,” katanya. Jelas Siti Rashidah lagi, tatacara pemaikaian busana dan aksesori Mira untuk sesi penggambaran itu juga tepat dan tidak melanggar mana-mana adat dalam tradisi masyarakat India. Justeru, Siti Rashidah menggesa pemilik akaun Twitter berkenaan membuat permohonan maaf susulan sikap melulunya mencetuskan perbalahan perkauman dalam kalangan ramai. “Ya, memang dia perlu minta maaf sebab kenyataannya tidak betul dan saya pun tak setuju. Saya tak sanga Mira pula yang meminta maaf pada dia… mungkin Mira pun tak nak besarkan isu ini. “Tapi pengguna Twitter itu salah. Cuba bayangkan kalau bangsa lain tak sepatutnya pakai baju ini, macam mana kita nak teruskan acara lain selepas ini sebab kita di Malaysia, berbilang bangsa dan situasi itu normal.

“Apabila ramai yang menyokong kenyataan dia, ramai akan berbalah. Jadi dia perlu minta maaf,” tegasnya. Dedah Siti Rashidah, 80 peratus daripada pelanggannya terdiri daripada golongan Melayu dan biasanya mendapatkan khidmat sewaan pakaian Bollywood untuk malam berinai. “Memandangkan Melayu pun ramai suka Bollywood, saya ambil inisiatif untuk menyediakan pakaian tradisional India yang menutup aurat dan bersesuaian,” ujarnya.

Siti Rashidah turut menasihati orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang pendapat peribadi tanpa usul periksa. “Saya terpaksa bersuara untuk memperbetulkan isu ini dan kalau boleh jangan panjangkan lagi. “Sebelum mengkritik mana-mana pihak, tolong siasat terlebih dahulu. Mungkin kita rasa pandangan kita betul tetapi sebenarnya salah,” getusnya.-Gempak

Maya Karin ulas sari Mira Filzah, ‘keturunan campuran patut pakai apa?’

Pelakon Maya Karin tampil mempertahankan pakaian tradisi rakyat Malaysia dipakai oleh pelbagai etnik di negara ini. Mengulas perdebatan warga maya di media sosial baru-baru ini, Maya Karin, nama asal Maya Karin Roelcke, 41, mempersoalkan hak busana tradisi yang sepatutnya dipakai oleh individu berketurunan campuran sepertinya.“Saya separuh German, ada sedikit campuran Melayu, Cina dan India.“Boleh beritahu saya apa yang patut dan tidak patut dipakai,” soalnya di Twitter yang diulang kicau lebih 8,000 kali dan disukai lebih 16,000 pengguna.-projek mm