Peminat terlalu emosi sampai sembur kata kata negatif dan sanggup lukakan dirinya. Liza Abdullah terus dedah sikap sebenar peminat yang tergamak lakukan sedemikian

Lakonan mantap barisan pelakon menerusi drama episod, Drama 7 Hari Mencintaiku ternyata membuahkan hasil selepas mendapat perhatian meluas daripada penonton setia drama tempatan. Lalu, barisan pelakon drama berkenaan Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Wan Sharmilla dan Syazwan Zulkifli telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk segmen Geng Pagi Hot di radio Hot FM, pada pagi Isnin. Mereka diundang ke konti bagj mempromosikan drama yang telah mencipta fenomena industri drama tempatan itu. Ketika sesi temu bual berlangsung, pelakon Liza Abdullah antara lain mengakui ada menerima komen negatif daripada penonton gara-gara watak Mak Leha yang dilakonkan olehnya dalam drama berkenaan.

Saya akui memang ada orang komen yang geram akan watak saya kerana watak Mak Leha, tapi awal-awal lagi saya cakap saya dah maafkan semua yang komen tu. “Saya faham mungkin mereka berang akan saya kerana Mak Leha tapi saya harap mereka suka dengan Liza Abdullah,” katanya. Dalam pada itu, pelakon berusia 56 tahun ini turut menitip ucapan terima kasih kepada semua penyokong setia drama terbabit.

7 Hari Mencintaiku 2 Liza Abdullah Beri Amaran Kepada Siti Saleha

Berita mengenai sambungan drama rantaian 7 Hari Mencintaiku semakin hangat diperkatakan ramai selepas pelakon utama drama berkenaan Siti Saleha sendiri mengesahkan perkara itu. Drama yang sebelum ini telah membolot 6 anugerah bagi kategori DFKL pada tahun 2016 itu bakal menayangkan sambungannya bermula April ini. Selain Siti Saleha, drama 7 Hari Mencintaiku 2 juga bakal dibintangi oleh Shukri Yahaya, Wan Sharmila, Syazwan Zulkefly, Faye Kusairi serta Liza Abdullah.

Gara-gara drama, novel 7 Hari Mencintaiku laris

Fenomena drama rantaian 7 Hari Mencintaiku membolehkan jualan novel yang diangkat sebagai latar kisah Mia dan Khuzairi laris hingga 100,000 naskhah. Pengarahnya, Jamal Khan, berkata faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah jualan novel terbabit apabila peminat tidak sabar menantikan episod seterusnya, sekali gus membuktikan impak drama berkenaan kepada penonton. “Drama 7 Hari Mencintaiku ialah drama adaptasi keempat arahan saya dan Alhamdulillah semuanya menjadi. Saya tertarik mengarahkan drama bersiri ini kerana ceritanya tidak terikat dengan satu plot, sebaliknya diperkuatkan pelbagai permasalahan sebagai cerita sokongan.

“Malah, drama rantaian ini turut dibantu oleh pelakon hebat, menjadikan penonton semakin tidak sabar menantikan episod seterusnya. Faktor itu turut menyumbang kepada kepada jumlah jualan novel. “Biarpun sebelum ini saya pernah mengarahkan drama adaptasi novel, kali ini ia agak berbeza apabila setiap kali klip adegan dimuat naik di laman sosial, pasti ia menjadi viral,” katanya kepada BH Online.

Jamal berkata, beliau yang pada mulanya tidak terkesan menjadi gusar untuk melakukan proses suntingan bagi memenuhi cita rasa penonton dan dalam masa sama memuatkan adegan penting dalam tempoh 40 minit. “Saya menjadi tertekan selepas minggu pertama. Sewaktu itu saya masih melakukan proses suntingan, terutama ketika saat genting iaitu Mia menagih cinta Khuzairi dalam tempoh tujuh hari. Banyak babak menarik yang ingin saya muatkan, namun perlu mengikut masa yang ditetapkan.

“Rasanya saya sudah membuat yang terbaik untuk episod akhir pada malam ini dan berharap supaya peminat berpuas hati dengan hasilnya. Biarpun akan ada yang mempersoalkan pengakhiran drama bersiri ini, saya sudah memilih yang wajib dipertontonkan,” kata Jamal. Drama 7 Hari Mencintaiku menampilkan Siti Saleha dan Shukri Yahaya selaku teraju utama. Selain itu, lakonan berkesan Liza Abdullah, Aman Graseka, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Ungku Hariz, Adik Ariff Abdullah dan ramai lain turut mendapat pujian.