Pemuda ini berkeras mahu kelihatan seperti Elf. Sehinggakan dia sanggup jalani operasi kosmetik sebanyak 32 kali.

Luis mahu kelihatan seperti elf. Seorang lelaki mendedahkan dirinya menjalani 32 operasi kosmetik untuk menjadi ‘Elf’ dan dia masih merancang meneruskan hasrat itu. Luis Padron, 29, dari Argentina dapat melakukannya secara percuma kerana menjadi model pembedahan plastik.

Namun, dia menganggarkan kos perubahan wajahnya itu kira-kira £75,000 (RM411,217). Luis melakukan banyak operasi termasuk di bahagian muka dan leher, mata, telinga untuk kelihatan seperti elf dan banyak lagi. Satu pembedahan memerlukan rahangnya patah lima kali dan disambut semula dengan titanium. Dalam pada itu, Luis turut menjalani rawatan laser untuk melunturkan warna kulitnya.

Hidung merupakan pembedahan plastik pertama dilakukan Luis. foto luispadron.elf/Instagram

Setakat ini, dia telah menukarkan warna mata sebanyak enam kali. Luis mula berhasrat untuk kelihatan seperti Elf apabila mengalami kesukaran ketika zaman kanak-kanak. Bercakap kepada Daily Star, dia berkata: “Sejak kecil, saya menggunakan khayalan sebagai cara untuk menangani kenyataan yang sukar. “Saya merupakan peminat filem seperti Labyrinth dan Neverending Story, dan suka buku mengenai legenda, mitologi, dan lain-lain. Saya hanya mahu kelihatan seperti semua perkara yang membuatkan saya gembira,” katanya. – Daily Star

Pelitup Muka Kain Tak Boleh Pakai Buat Selama Lamanya. Berikut 4 Petanda Tanda Pelitup Muka Kain Perlu Ditukar Sebelum Terlambat

Pelitup muka kain bukan jaminan melindungi diri daripada kuman apatah lagi ia sudah digunakan untuk tempoh lama.RAMAI memilih pelitup muka menggunakan fabrik kerana ia bukan sahaja boleh dicuci malah boleh digunakan berulang kali.

Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui bahawa pelitup muka fabrik juga perlu diganti dan tidak boleh digunakan selama-lamanya kerana ia mungkin sudah tidak efektif dalam menyekat penyebaran kuman dan virus menerusi cecair daripada hidung dan mulut.Apakah tanda-tanda and perlu menukar pelitup muka kain anda?Jika pelitup muka sudah dibasuh lebih 30 kali, ia perlu ditukar dengan yang baharu.

1. Tali mula longgar.Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah tali pelitup muka anda. Jika ia sudah mula longgar dan pelitup muka tidak melekap pada wajah dengan baik, ia perlu ditukar.

2. Pelitup muka mulai kendur.Dipakai dan dicuci berulang kali pasti akan membuatkan pelitup muka anda mula mengendur. Ukuran mask yang pada awalnya melekap di muka dengan baik, kini seakan-akan sudah longgar. Tukarlah yang baru.

3. Pelitup muka mula ‘berbulu’.Apabila sering dicuci, fabrik pasti akan mengeluarkan benang atau ‘bulu’. Barangkali akan ada lubang kecil kerana kain sudah mula menipis yang membuatkan virus mudah keluar dan masuk.

4. Pelitup muka dicuci lebih 30 kali.Jika anda sudah mencuci pelitup muka lebih 30 kali, fikirlah 3o kali sebelum memakainya semula. Ini kerana pelitup muka anda mungkin sudah tidak efektif melindungi diri anda dan orang lain.Mencucinya berulang kali akan membuatkan pelitup muka kehilangan bentuk dan ketahanan dalam melindungi diri anda.

Ada Yang Alami Masalah Jerawat Kerana Memakai Pelitup Muka. Ini Dia Cara Mudah Untuk Anda Hilangkan Dengan Kadar Segera

Sejak 1 Ogos 2020, kita sudah diwajibkan oleh kerajaan untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. Tiap kali keluar rumah wajib pakai pelitup muka, memandangkan pemakaian pelitup muka sangat penting untuk mengelak wabak Covid-19 daripada merebak.

Bukan semua orang selesa pakai pelitup muka. Lebih-lebih lagi perempuan, sebab keluar rumah rasa tak lengkap kalau tak solek kan? Tapi korang tahu tak, tak boleh tau pakai pelitup muka terlalu lama dengan solekan tu. Korang mungkin akan hadapi masalah maskne nanti!

Apa itu maskne? Ia merupakan singkatan daripada mask acne iaitu masalah kulit berjerawat yang berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka dalam tempoh lama. Wajah akan mula ditumbuhi jerawat terutama di kawasan yang kerap tertutup seperti di pipi, hidung dan dagu.Kredit: www.usdermatologypartners.com

Maskne terjadi apabila terdapatnya geseran sewaktu anda memakai pelitup muka. Cuaca panas akan buat kita mudah berpeluh dan bakteria pasti membiak dengan pantas. Tambah pula dengan bakteria yang ada di persekitaran dan cuaca yang berubah-ubah, makin menjadi-jadi la maskne ni.

Sesetengah individu mungkin tidak mengalami masalah maskne yang begitu teruk. Tapi ada juga yang mengalami masalah kulit yang serius sehingga menyebabkan rasa gatal, bengkak, kemerahan dan lain-lain. Serius tak selesa.Siapa je yang suka kulit muka berjerawat kan? Tambah-tambah perempuan, mesti nak jaga penampilan, lepas tu kulit muka pula kenalah bersih dan cantik. Baru ada keyakinan diri. Risau jugak kalau dah mengalami masalah maskne ni. Bolehkah ia dirawat?