Penampakan baby bump pada satu foto cetus sensasi serta ramai menyangka Mizz Nina hamil buat ramai ucap tahniah. Dia buka mulut perjelas cerita sebenar buat ramai terkelu atas pernyataan yang satu ini

Selebriti Mizz Nina menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di Instagram selepas memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya seolah-olah sedang berbadan dua. Dalam entri yang dimuat naik tengah hari tadi, isteri kepada penyanyi Noh Salleh itu menunjukkan dirinya dalam persalinan biru muda dengan bahagian perut kelihatan seakan-akan baby bump. Ekoran perkongsian itu, ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dalam kalangan warganet yang menyangkakan pemilik nama sebenar Shazrina Azman, 40,  itu sudah berbadan dua. “Nampak baby bump, sangat comel. Tahniah Mizz Nina dan Noh. “Jika betul apa yang saya fikirkan sekarang, alhamdulillah, saya sangat gembira. “Kak Nina, adakah awak mengandung? Awak sentiasa ada dalam dia saya di mana saya selalu berharap satu hari anda akan menjadi ibu. Akhirnya!,” tulis sebahagian warganet.

Mizz Nina reda jika auratnya masih jadi tontonan umum… “Dah minta YouTube buang video-video lama”

Isteri kepada penyanyi Noh Salleh iaitu Mizz Nina memberitahu dia sudah menghubungi pihak YouTube untuk memadamkan video-videonya di platform itu ketika bergiat aktif dalam bidang seni. Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 38, berkata dia menganggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan reda jika video tersebut masih dapat ditonton umum. “Saya cuba menghubungi pihak YouTube untuk minta buang video-video muzik saya sebelum ini. Tapi malangnya tidak berjaya. “Tapi saya anggap saja mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku,” kata Mizz Nina kepada mStar. Mizz Nina anggap ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Mizz Nina ditemui ketika majlis sidang media dan upacara menandatangani perjanjian usahasama antara IntoTaqwa & AMAL (Malaysia Airlines Berhad) di Avenue K, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Around The World ini mengambil keputusan untuk memakai hijab pada 2013 dan kehidupannya berubah semenjak penghijrahan tersebut. Dalam pada itu, Mizz Nina menjelaskan dia tidak mempunyai hasrat untuk kembali dalam bidang nyanyian semenjak sudah berhijrah ke arah yang lebih baik. Menurut Mizz Nina, dia mahu lebih memberi tumpuan kepada kerja amal dan dalam pada masa yang sama juga ada menyimpan hasrat untuk menerbitkan buku. Mizz Nina tidak berminat untuk menyanyi semula. “Sekarang ini memang saya dah tak minat pun nak menyanyi nak buat persembahan. Perasaan tu dah tak ada dan walaupun di rumah atau dalam bilik air pun tak ada.

“Sebenarnya sebelum saya berhijrah ini pun, saya dah rasa malas nak buat persembahan. Tapi saya sangat berminat dalam meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat menerusi penulisan. “Saya suka menulis dan berkongsi di laman sosial. Saya memang ada perancangan untuk terbitkan buku tapi tak berkesempatan untuk menyiapkan lagi,” ujarnya. Sebelum ini, Mizz ini pernah berkata keputusannya untuk melakukan penghijrahan besar dalam hidupnya bukan sesuatu perkara yang mudah.

Saya jadi berbeza bila bersama suami tercinta – Mizz Nina

Penyanyi Mizz Nina, 35, mengakui dirinya akan berubah pada sisi yang berbeza apabila setiap kali berdampingan dengan suami tercinta, Noh Salleh dalam melayari bahtera rumah tangga. Menurut Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, hanya Noh saja yang berjaya membuatkan beliau menjadi seorang yang manja dan berlainan dengan karakter yang ditonjolkan kepada umum. Nina berpendapat pasangan yang sudah berumah tangga tidak seharusnya mengetepikan terus bersifat romantis kerana ia penting bagi mengekalkan kesejahteraan dalam sesuatu hubungan.

“Saya menjadi seorang yang begitu berbeza apabila bersama dengan Noh. Saya seperti menjadi orang lain dan begitu ‘manja’ apabila hanya bersama dengan suami saya saja. “Ramai yang menganggap apabila sudah berkahwin maka tidak perlu lagi romantik bersama suami namun tanggapan itu salah sama sekali. TLC atau ‘tender loving care’ begitu penting dengan pasangan kita. “Memang kami masing-masing sibuk dengan kerjaya namun kami mencari masa untuk bercuti bersama secara spontan. Kami adalah pasangan yang membuat keputusan secara spontan dan gemar melancong bagi meluangkan masa bersama,” kata Nina kepada BH Online.

Berasal dari sebuah keluarga berada, Nina tetap menjalankan tanggungjawabnya memegang status sebagai seorang isteri yang sudah masuk empat tahun. “Banyak yang saya belajar sebagai seorang isteri dan saya turut menjalankan tugas memasak untuk Noh. Walaupun tidak begitu arif memasak namun saya bertuah kerana Noh bukan seorang yang cerewet. “Walau apa yang saya masak Noh tetap makan dan tidak merungut pun. Setakat ini saya sering masakkan nasi goreng, ayam kicap dan sambal belacan untuknya. “Saya bertuah kerana ibu mertua saya sering berkunjung ke rumah dan masakannya memang enak-enak belaka. Malah Noh juga merancang untuk membuka gerai menjual laksa Sarawak pada bulan Ramadan yang bakal menjelang,” ujar Nina sambil tersenyum.

Mizz Nina disangka hamil

Penyanyi Mizz Nina disangka berbadan dua oleh peminat selepas memuat naik sekeping gambar di laman sosial yang menampakkan bentuk ‘baby bump’ pada bahagian perutnya. Bagaimanapun penyanyi berusia 40 tahun itu menjelaskan bahawa dirinya belum hamil seperti yang disangka. Dia juga berterima kasih atas doa yang dihulurkan peminat. “Saya masih belum hamil tetapi amin atas doa-doa anda. Mungkin sekarang saya perlu turunkan berat badan,” selorohnya bagi menjawab segala pertanyaan peminat pada ruangan komen Instagram. Menerusi hantaran yang dimuat naik isteri kepada penyanyi Noh Salleh itu, dia yang mengenakan persalinan baju kurung menarik perhatian peminat yang rata-rata teruja selain menghulurkan ucapan tahniah. “Nampak ‘baby bump’. Comelnya. Tahniah Mizz Nina dan Noh,” tulis seorang peminat. “Belum lagi, Insya-Allah,” jawabnya menjelaskan keadaan. Mizz Nina dan Noh yang mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011 masih belum dikurniakan cahaya mata setakat ini