Pencipta perasa Indomie kegemaran ramai telah pergi buat selamanya. Pemergian Nunuk Nuraini telah meraih perhatian ramai

Buat pengetahuan anda,Nunuk Nuraini telah mencipta pelbagai perasa untuk mi segera Indomie sehinggakan menjadi kegemaran di seluruh dunia. Beliau dikatakan telah pergi buat selamanya pada Rabhu lalu di usia 59 tahun. Berita itu turut disahkan oleh jurucakap Indomie,NUrlita Novi Arlaida tentang perkhabaran sedih itu namun tidak dinyatakan punca wanita itu pergi buat selamanya

“Benar, Nunuk Nuraini telah hembuskan nafas terakhirnya dan kembali kepada Allah,” katanya.Nunuk yang juga graduan dalam bidang teknologi makanan dari Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia mula bekerja di bahagian pembangunan makanan di Indofood sejak 30 tahun lalu.Berita pemergian Nunuk Nuraini mengejutkan peminat mi segera itu.Antara perasa ciptaan beliau termasuklah perasa soto, rendang, kari ayam, sambal matah dan OG mie goreng.

Indomie bukan sahaja popular dalam kalangan penduduk di Indonesia malah Malaysia serta di seluruh dunia yang sukakan produk keluaran jenama itu.Malah produk itu juga turut dipasarkan di 80 buah negara di seluruh dunia – termasuk menjadi jenama terkenal di Australia dan Amerika Syarikat.Pada November 2019, Los Angeles Times turut menamakan perasa ayam barbeku sebagai mi segera terbaik manakala perasa OG mie goreng ciptaan Nunuk berada di tempat kesepuluh.Sementara itu, pada 2017, Nunuk mendapat pengiktirafan daripada Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil yang menamakannya sebagai ‘hero’.

Setiap dapur pasti mahu mempunyai alat mudah seperti Air fryer. Tapi ini 5 kesalahan yang sering dilakukan ketika menggunakan Air Fryer.

Air fryer memang memudahkan tapi ramai lakukan kesalahan ketika menggunakannya. Alat penggoreng tanpa minyak atau lebih dikenali sebagai air fryer telah menjadi kegilaan orang ramai untuk memilikinya di dapur rumah. Antara yang menarik tentang air fryer ini adalah ia tidak perlu menggunakan minyak untuk menggoreng dan cara memasaknya sangatlah mudah. Selain dari dapat mengurangkan lemak dalam makanan untuk mengamalkan gaya hidup sihat, air fryer juga ternyata dapat menjimatkan masa memasak dan mempunyai pelbagai fungsi iaitu bukan sahaja menggoreng malah boleh memanaskan dan memasak berbagai macam makanan. Bagaimanapun, cara yang moden dan mudah ini masih lagi terdapat pengguna yang melakukan lima kesalahan umum saat menggunakan air fryer ini antaranya;

1. Mengisi terlalu penuh.Gara-gara terlalu yakin dengan alat penggoreng tanpa minyak yang canggih ini, ramai yang ingin memasak dengan mudah dan cepat sekali biarpun ia telah banyak menjimatkan masa berbanding dahulu mereka perlu menggunakan kuali dan memanaskan minyak di atas dapur. Tindakan mengisi air fryer terlalu penuh ini sememangnya kerap dilakukan sesetengah pengguna sehinggakan makanan yang dimasak tidak sempurna kerana tidak mempunyai ruangan udara yang secukupnya. Ada kajian mendapati bahawa cara ini juga dapat menyebabkan air fryer mudah rosak.

2. Tidak menetapkan suhu.Sebelum memasukkan makanan ke dalam air fryer, anda perlu setkan suhu dan masa yang sesuai. Jangan lupa panaskan air fryer anda kerana ia sangat penting bagi menentukan tahap kematangan dan rasa makanan tersebut.

3. Tidak mengalihkan makanan.Kesalahan yang kerap dilakukan oleh pengguna adalah membiarkan makanan di dalam air fryer tanpa mengalihkannya. Hal ini akan menyebabkan makanan anda tidak dimasak secara menyeluruh. Sebagai contoh, mungkin ada bahagian yang garing dan ada pula yang mentah.

4. Tidak digunakan untuk memanggang.Seperti kita sedia tahu air fryer ini adalah sejenis alat memasak yang sangat sesuai untuk memanggang makanan penutup. Bukan itu sahaja, cara lebih kreatif lagi jika anda ingin membuat makanan penutup sendiri anda juga disyorkan untuk membuat kuih dan sebagainya. Bagaimanapun, sebelum menggunakan air fryer untuk membuat makanan penutup pastikan alatnya bersih supaya tidak tercampur dengan rasa makanan yang lain.

5. Tidak bersihkan dengan betul.Mungkin ramai yang tidak tahu air fryer juga perlu dibersihkan dengan betul lebih-lebih lagi jika yang kerap menggunakannya. Air fryer yang penuh dengan sisa makanan boleh menyebabkan alat penggoreng tanpa minyak ini mengeluarkan asap.